Berita Berita
Tapir betina 200 kilogram mati dilanggar berhampiran Hutan Simpan Bukit Bauk
DUNGUN, 30 Okt. – Seekor tapir betina dewasa seberat kira-kira 200 kilogram ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Kampung Serdang malam semalam.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dennis Ten Choon Yung memaklumkan bahawa maklumat berhubung insiden berkenaan diterima daripada orang awam pada jam 8.30 malam.
Pemeriksaan fizikal pada bangkai haiwan liar terbabit mendapati terdapat kecederaan teruk di bahagian kepala serta beberapa kesan calar pada anggota badan.
Lokasi kejadian terletak kira-kira 100 meter dari Hutan Simpan Bukit Bauk dan merupakan kawasan yang telah dipasang dengan papan tanda amaran lintasan hidupan liar.
Jabatan Perhilitan menasihatkan para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati serta peka terhadap papan tanda amaran ketika memandu di laluan berhampiran kawasan hutan bagi memelihara keselamatan hidupan liar.
Berita berkaitan
October 30, 2026, 2:34 pm
Pasangan kekasih ditahan JAINJ dalam keadaan separuh bogel di tempat letak kenderaan Sri Gading
October 30, 2026, 2:30 pm
Bekas anggota polis bangkit semula laporan dakwaan serangan 2015 terhadap Shuhaily demi keadilan
October 30, 2026, 2:19 pm
Fitnah tunggang agama, tiada tauliah, PU Riz tuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik akaun Threads
October 30, 2026, 11:42 am
Situasi jerebu di seluruh negara semakin membaik, tiada kawasan rekod IPU tidak sihat
October 30, 2026, 11:25 am
Lebih 80,000 anjing liar ditangkap sepanjang tahun lalu susulan aduan awam
October 30, 2026, 11:05 am
Pulau Pinang dinobatkan bandar paling mesra bajet di dunia untuk nomad digital
October 30, 2026, 10:42 am
PGA rampas syabu RM434,400, tiga individu ditahan di Batu Pahat dan Muar
October 30, 2026, 9:20 am
Anwar arah Anthony Loke, Rapid KL selesaikan isu kesesakan perkhidmatan tren
October 29, 2026, 11:14 pm
