TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pulau Pinang dinobatkan bandar paling mesra bajet di dunia untuk nomad digital

By
|
Kongsi
image

GEORGE TOWN, 30 Okt. – Pulau Pinang dinobatkan sebagai bandar paling mesra bajet di dunia untuk golongan nomad digital menerusi satu kajian antarabangsa yang merangkumi 26 buah bandar di 15 negara.

Kajian oleh agensi pemasaran digital, Click Intelligence meletakkan Pulau Pinang di tangga teratas dengan skor 0.78, mendahului Busan di tempat kedua dan Kuala Lumpur di kedudukan ketiga.

Dengan kos sara hidup bulanan dianggarkan sebanyak €850 (kira-kira RM3,860) termasuk sewa rumah, Pulau Pinang menyerlah menerusi kemudahan sambungan internet, tahap keselamatan yang tinggi, penggunaan bahasa Inggeris yang meluas serta akses kepada Pas DE Rantau Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai menyifatkan pengiktirafan terbaharu ini mencerminkan daya tarikan unik negeri berkenaan yang melengkapi status Warisan Dunia UNESCO dengan kepelbagaian budaya, seni dan kulinari.

Pengiktirafan ini sekali gus mengukuhkan usaha kerajaan negeri dalam memperkasakan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif demi menarik lebih ramai profesional antarabangsa untuk menetap serta bekerja di Pulau Pinang. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset