TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Situasi jerebu di seluruh negara semakin membaik, tiada kawasan rekod IPU tidak sihat

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 30 Okt. – Keadaan jerebu di seluruh negara menunjukkan trend pemulihan yang positif apabila tiada sebarang kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, sangat tidak sihat mahupun berbahaya setakat pagi ini.

Berdasarkan maklumat daripada portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 41 kawasan direkodkan berada pada tahap sederhana dengan stesen Batu Muda di sini mencatatkan bacaan tertinggi pada paras 82.

Beberapa negeri lain turut mengesahkan kualiti udara pada tahap sederhana, merangkumi sepuluh kawasan di Sarawak, enam kawasan di Johor dan Sabah, serta beberapa stesen utama di Melaka, Pahang, Selangor, Perak, Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, sebanyak 27 kawasan di seluruh negara berjaya mencatatkan bacaan IPU pada tahap baik, iaitu berada dalam julat bacaan antara 0 hingga 50.

Jabatan Alam Sekitar mengklasifikasikan bacaan IPU 51 hingga 100 sebagai sederhana, 101 hingga 200 sebagai tidak sihat, 201 hingga 300 sebagai sangat tidak sihat, manakala paras 301 ke atas dikategorikan sebagai berbahaya.

+ - reset