Berita Berita
Suami isteri maut, 2 anak cedera parah dirempuh kereta langgar lampu isyarat di Raub

Oleh AZRUL RADI
RAUB 26 Julai - Sepasang suami isteri maut manakala dua anak cedera parah selepas kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lampu merah berhampiran lampu isyarat simpang di KM350 Jalan Kuala Lumpur - Kota Bharu semalam.
Mangsa yang juga pengawal keselamatan sekolah Muhamad Anasar Kamarozaman, 34, dan isterinya Zalina Ali, 40, maut di tempat kejadian dalam kemalangan 10.20 malam itu manakala dua anak perempuan mereka dibawa ke Hospital Raub.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, siasatan mendapati Anasar bersama keluarganya keluar dari persimpangan CSR Raub untuk pulang ke Dong.
"Apabila pemandu Proton Wira mula bergerak selepas lampu isyarat bertukar hijau, pacuan empat roda yang turut menghala ke Raub tiba-tiba merempuh bahagian kanan kereta.
"Anasar dan isteri kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anak dan pemandu lain cedera parah. Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raub," katanya dalam satu kenyataan.
Shahril berkata siasatan mendapati pemandu pacuan empat roda itu dipercayai melanggar lampu merah sehingga menyebabkan perlanggaran.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Zulfadli Zakaria berkata tujuh anggota bomba dari balai bomba Raub dikerahkan ke tempat kejadian.
Beliau berkata pemandu dan penumpang tempat duduk hadapan kereta itu tersepit di tempat duduk mereka, dan anggota bomba menggunakan alat menyelamat untuk membawa mereka keluar dari kenderaan. - Media Telus
#KEMALANGAN #MAUT #RAUB
Berita berkaitan
July 2, 2025, 2:13 pm
Ejen pelaburan didakwa sebar, ugut, simpan gambar lucah madu
July 2, 2025, 2:08 pm
Warga emas OKU terjatuh dalam perigi buta di Tanjung Rambutan
July 2, 2025, 1:58 pm
Kerajaan haramkan import 'dummy buckle' bermula 31 Disember
July 2, 2025, 12:57 pm
Kerajaan Melaka siasat kesilapan khat kufi Allah di masjid
July 2, 2025, 12:53 pm
Reman pemandu bot tragedi Pulau Perhentian disambung sehari
July 2, 2025, 12:47 pm
Polis kenal pasti individu bakar suar dalam Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0
July 2, 2025, 12:38 pm
Pengarah MPAJ didakwa terima rasuah RM30,000, mengaku tidak bersalah
July 2, 2025, 12:32 pm