TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

29 ekor anak sawa ditemukan dalam longkang restoran di Shah Alam

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

SHAH ALAM 8 Ogos - Bukan satu, tapi 29 ekor anak ular sawa ditemukan dalam longkang di sebuah restoran di Seksyen 20 pada semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasa kira-kira pukul 9.56 malam.

 

"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, anggota mendapati ular sawa berkenaan masih berada di dalam saluran longkang sebelum memulakan kerja mengeluarkan reptilia itu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Mukhlis, pihaknya menggunakan alat penjerut untuk menangkap 29 ekor ular itu.

Tambahnya, ular tersebut kemudian dilepaskan di tempat yang selamat. - Media Telus

#ULAR #SHAHALAM #BOMBA

+ - reset