Berita Berita
Musim tengkujuh bermula minggu depan, hujan lebat berterusan diramal berlaku
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 1 Nov – Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 5 November 2024 dan berterusan sehingga Mac 2025.
Dalam tempoh ini, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, smasa fasa awal MTL dari November hingga Disember 2024, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Manakala pada Januari hingga Februari 2025 pula, negeri yang lebih berpotensi untuk berlaku episod hujan lebat adalah di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Namun, sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia.
“Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.
“Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem.
“Selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menjelang pada fasa akhir MTL iaitu Januari hingga Mac 2025, kawasan utara Semenanjung dijangka mengalami kurang hujan.
Keadaan ini akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta berpotensi berlakunya gelombang haba namun begitu, keadaan diramalkan tidak seteruk seperti tahun 2024 disebabkan fenomena La Nina dijangka bermula hujung tahun ini hingga pertengahan tahun hadapan.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. – Media Telus
Berita berkaitan
April 23, 2026, 8:34 pm
Teksi EV dengan sistem penukaran bateri diperkenal tangani krisis bahan api
April 23, 2026, 5:29 pm
KKM sahkan Unit Perubatan Nuklear PPUM selamat, tiada bukti kluster kanser
April 23, 2026, 5:25 pm
KUSKOP gubal RUU baharu perkasa integriti, urus tadbir gerakan koperasi
April 23, 2026, 5:16 pm
Mindef tidak kompromi pegawai tentera pandu mabuk, serah siasatan kepada polis
April 23, 2026, 2:09 pm
Polis siasat dakwaan anak Ako Mustapha jadi mangsa buli di sekolah
April 23, 2026, 2:06 pm
Ahmad Fadhli sindir pihak perlekeh 'tin milo' tapi mewah hasil sakau duit zakat
April 23, 2026, 2:00 pm
Pinjaman peribadi punca utama 31,517 kes bankrap direkodkan sejak 2021
April 23, 2026, 1:55 pm
