Berita Berita
Kelibat buaya di Teluk Batik, pengunjung dinasihat jangan lakukan aktiviti air

LUMUT 13 Dis - Pengunjung dan pelancong dilarang melakukan aktiviti air termasuk mandi-manda di Pantai Teluk Batik, di sini ekoran penampakan buaya tembaga berkeliaran di pusat peranginan itu, semalam.
Jurucakap Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dalam kenyataan memaklumkan, larangan itu berkuatkuasa hari ini sehingga pihak berkuasa yakin terhadap situasi semasa dan selesai tempoh pemantauan dari segi keselamatan di pantai berkenaan.
Menurutnya, penampakan buaya itu dikesan di jeti milik syarikat Vale Mineral (Malaysia) Sdn Bhd sekitar 2.5 kilometer dari Pantai Teluk Batik.
"Pihak MPM, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak sudah menjalankan operasi pemantauan dan memasang beberapa perangkap dalam tempoh operasi penangkapan buaya ketika ini.
"MPM memohon supaya pengunjung mematuhi arahan dan tidak melakukan aktiviti pantai sehingga dimaklumkan kelak.
"Bagaimanapun, aktiviti di taman dan Dataran Teluk Batik masih dibenarkan dan beroperasi seperti biasa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati terdapat bendera merah dikibar berhampiran gigi pantai menandakan larangan aktiviti mandi.
Semalam, media melaporkan pasukan rondaan APM menerima maklumat daripada satu rakaman video penampakan buaya itu yang berada berdekatan dengan jeti Vale kira-kira 2.24 petang.
Berita berkaitan
July 1, 2025, 11:50 am
Warga emas tak sempat selamatkan diri ditemui rentung dalam kebakaran rumah
July 1, 2025, 11:31 am
Lelaki OKU didakwa bunuh warga emas dengan cota besi selepas ditegur main motosikal
July 1, 2025, 10:59 am
Mula bertugas Ketua Pengarah AKPS, Mohd Shuhaily tekad jaga keselamatan sempadan negara
July 1, 2025, 10:15 am
Tempoh khidmat Ahmad Shabery sebagai Pengerusi Felda tamat berkuat kuasa semalam
July 1, 2025, 10:00 am
Bil elektrik terkini lebih terperinci, pengguna boleh jejak setiap sen perbelanjaan
July 1, 2025, 8:31 am
Mayat wanita baru bercerai ditemui mati bersama anak 2 tahun di pangsapuri di Georgetown
June 30, 2025, 9:53 pm
Bukan sebab kerja pembinaan, tanah lembut punca letupan gas di Putra Heights
June 30, 2025, 6:33 pm