Berita Berita
OKT kesalahan dadah meninggal dunia dalam lokap balai polis di Kelantan

KOTA BHARU 31 Dis - Polis Kelantan semalam mengesahkan seorang lelaki orang kena tahan (OKT) di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, meninggal dunia pada 7.40 pagi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.
"Lelaki ini telah ditangkap pada 12.30 tengah hari, 26 Disember dan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Pada 9.14 pagi, 27 Disember OKT tersebut dibawa ke Mahkamah Kota Bharu bagi permohonan reman dan dibenarkan reman selama empat hari bermula 27 Disember hingga hari ini (semalam)," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pada 7 pagi semalam, anggota yang bertugas di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa mendapati lelaki berkenaan telah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pada 7.40 pagi.
Mohd Yusoff berkata kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
"Siasatan lanjut masih diteruskan sehingga menerima laporan bedah siasat. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini sementara siasatan masih dijalankan," katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
June 19, 2025, 1:18 pm
Dua kes tembak di ibu negara ada kaitan elemen kongsi gelap
June 19, 2025, 1:12 pm
Persana Avril didakwa muat naik sijil nikah palsu libatkan kerabat diraja
June 19, 2025, 12:57 pm
Kesihatan Abdul Hadi semakin baik, ikuti perkembangan politik dari IJN
June 19, 2025, 12:43 pm
MCMC fail tindakan sivil terhadap dua saluran Telegram sebar kandungan berunsur fitnah
June 19, 2025, 12:38 pm
Anwar kecam serangan udara Israel ke atas Iran, seru kuasa besar bertindak tegas
June 19, 2025, 12:23 pm
15 rakyat Malaysia sedia dipindahkan dari Iran – Tok Mat
June 19, 2025, 11:52 am
Dua rakan sekerja maut motosikal ditunggang rempuh MPV di lampu isyarat
June 19, 2025, 11:12 am
Lelaki obesiti 200kg guna bantuan 10 anggota bomba bawa turun dari tingkat 3 ke hospital
June 19, 2025, 10:35 am
Mahkamah benar rayuan SIS Forum cabar fatwa kumpulan hak asasi wanita itu sesat
June 19, 2025, 9:29 am