Berita Berita
AirAsia kekal prestasi cemerlang, 16 tahun terbaik dunia berturut-turut

KUALA LUMPUR 19 Jun - Kejayaan AirAsia merangkul gelaran Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat tahun ke-16 berturut-turut oleh Skytrax disifatkan sebagai pencapaian luar biasa yang bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan operasinya, malah mengangkat martabat jenama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu catatan di Facebook berkata, anugerah berprestij itu mencerminkan keupayaan jenama tempatan yang lahir dari Malaysia mengubah landskap penerbangan serantau secara menyeluruh.
“Melalui keterhubungan yang mampu milik, AirAsia telah membuka pintu peluang baharu, memperkasakan komuniti serta merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan, perdagangan dan perjalanan rentas sempadan.
“Perjalanan AirAsia menjadi bukti keupayaan inovasi, daya tahan dan aspirasi rakyat Malaysia serta memperlihatkan bahawa dengan wawasan dan iltizam, kita mampu membentuk masa depan penerbangan serantau dan global,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes menyifatkan anugerah yang diterima selama 16 tahun berturut-turut itu sebagai pencapaian istimewa dan menyuntik inspirasi untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan.
Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil turut merakamkan ucapan tahniah kepada AirAsia atas kejayaan tersebut.
“Bukan sahaja hampir satu bilion penumpang telah diterbangkan, malah AirAsia turut membawa identiti Malaysia dan ASEAN ke pentas dunia.
“Pencapaian ini membuktikan kekuatan hubungan serantau dalam menyatukan masyarakat, memacu pertumbuhan dan kemajuan bersama,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.
Skytrax merupakan organisasi penarafan pengangkutan udara yang berpengaruh, dengan anugerahnya dianggap sebagai penanda aras tertinggi dalam industri penerbangan global.
Berita berkaitan
June 19, 2025, 4:35 pm
Rumah kosong di Cheras dijadikan stor rokok seludup
June 19, 2025, 4:27 pm
11 lelaki sesak nafas akibat kebakaran kereta di kondominium Wangsa Maju
June 19, 2025, 4:15 pm
'Mohon campur tangan PM hidupkan semula usul GEG bendung ketagihan vape, dadah' - Dr Akmal
June 19, 2025, 3:25 pm
Ipoh digegarkan bunyi dentuman, polis bincang dengan agensi berkaitan
June 19, 2025, 3:20 pm
Johari arah sesi libat urus industri hadapi pelaksanaan SST
June 19, 2025, 3:10 pm
SST buah import mungkin dikaji semula – Ahmad Zahid
June 19, 2025, 2:12 pm
Bayi 3 bulan maut tertindih lengan bapa yang meninggal akibat serangan jantung di Melaka
June 19, 2025, 1:18 pm
Dua kes tembak di ibu negara ada kaitan elemen kongsi gelap
June 19, 2025, 1:12 pm