Berita Berita
MCMC fail tindakan sivil terhadap dua saluran Telegram sebar kandungan berunsur fitnah

CYBERJAYA 19 Jun – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil langkah tegas dengan memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram, iaitu ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’ kerana menyebarkan kandungan yang melanggar peruntukan undang-undang.
Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan bahawa kedua-dua saluran terbabit dikesan menyiarkan kandungan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara, sekali gus melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Tindakan ini adalah yang pertama seumpamanya terhadap penyedia platform media sosial, khususnya kerana Telegram merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) atau ASP(C),” menurut kenyataan itu.
MCMC menjelaskan tindakan tersebut dibuat selepas Telegram gagal menangani kandungan berbahaya yang telah berulang kali dilaporkan walaupun pelbagai rundingan dan usaha kerjasama telah dilaksanakan.
“Disebabkan tahap pematuhan yang tidak memuaskan, MCMC memohon dan berjaya memperoleh perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi sebagai langkah terakhir bagi menghentikan penyebaran kandungan tersebut serta menghalang penerbitan semula mana-mana kandungan seumpamanya,” jelas MCMC lagi.
Tambah kenyataan itu, langkah tersebut diambil demi memastikan kedaulatan undang-undang terus ditegakkan dan kepentingan awam terpelihara.
Dalam masa sama, MCMC menegaskan bahawa pihak Telegram akan diberikan ruang sewajarnya untuk mengemukakan pembelaan mereka selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi. – Media Telus.
Berita berkaitan
June 19, 2025, 5:35 pm
RM504 juta nilai rampasan, 453 individu ditahan dalam Op Hazard 2.0 seluruh negara
June 19, 2025, 4:35 pm
Rumah kosong di Cheras dijadikan stor rokok seludup
June 19, 2025, 4:27 pm
11 lelaki sesak nafas akibat kebakaran kereta di kondominium Wangsa Maju
June 19, 2025, 4:15 pm
'Mohon campur tangan PM hidupkan semula usul GEG bendung ketagihan vape, dadah' - Dr Akmal
June 19, 2025, 3:25 pm
Ipoh digegarkan bunyi dentuman, polis bincang dengan agensi berkaitan
June 19, 2025, 3:20 pm
Johari arah sesi libat urus industri hadapi pelaksanaan SST
June 19, 2025, 3:10 pm
SST buah import mungkin dikaji semula – Ahmad Zahid
June 19, 2025, 2:12 pm
Bayi 3 bulan maut tertindih lengan bapa yang meninggal akibat serangan jantung di Melaka
June 19, 2025, 1:18 pm