TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

15 rakyat Malaysia sedia dipindahkan dari Iran – Tok Mat

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 19 Jun - Seramai 15 rakyat Malaysia dan seorang warga Singapura kini bersedia untuk dipindahkan keluar dari Iran susulan ketegangan yang semakin memuncak di rantau berkenaan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kumpulan tersebut terdiri daripada 12 rakyat Malaysia, seorang pemastautin tetap (PR) Malaysia, dua pasangan warga Iran serta seorang warga Singapura.

“Baki yang masih berada di Iran adalah 15 orang termasuk tiga petugas tetap (home-based staff), lima pelajar, tiga individu yang menetap bersama keluarga dan seorang PR Malaysia.

“Tiga pelancong yang baru dimaklumkan membuat keputusan untuk terus kekal di Iran,” katanya kepada media hari ini.

Langkah pemindahan itu menyusul selepas Wisma Putra mengeluarkan nasihat kepada semua rakyat Malaysia di Iran agar meninggalkan negara tersebut dengan segera, berikutan situasi keselamatan yang sangat tidak menentu dan berisiko meningkat tanpa sebarang amaran awal.

Sementara itu, Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, semalam memaklumkan bahawa proses pemindahan rakyat Malaysia dari Iran dijangka bermula seawal Jumaat ini dengan bantuan pihak kerajaan.

Menurut Fahmi, Menteri Luar telah menjelaskan bahawa jumlah rakyat Malaysia di Iran termasuk pelancong, pelajar dan mereka yang bekerja di sana tidak ramai.

Ketegangan di Timur Tengah terus memuncak selepas Tehran dan Tel Aviv saling berbalas serangan ketenteraan, memasuki hari ketujuh konfrontasi. Situasi itu mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan warga asing yang berada di kawasan konflik, termasuk rakyat Malaysia.

+ - reset