Berita Berita
Budak 9 tahun hilang cuba capai selipar terjatuh longkang di Kota Tinggi

KOTA TINGGI 27 Jan – Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang dekat Taman Kota Jaya di sini ketika bermain bersama rakannya.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi ketika hujan lebat.
Katanya, ketika kejadian kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dikatakan hendak mengambil selipar yang jatuh ke dalam longkang itu yang dipercayai ketika itu air deras serta dalam.
“Ada seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun jatuh dalam longkang waktu hujan lebat, air deras serta dalam.
“Kejadian berlaku kerana mangsa hendak mengambil selipar yang jatuh ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, pencarian kanak-kanak itu masih dijalankan oleh pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Berita berkaitan
June 18, 2025, 1:46 pm
KPDN rampas selipar, kasut tiruan berjenama mewah bernilai hampir RM400,000 di Jalan TAR
June 18, 2025, 1:22 pm
Remaja 17 tahun didakwa bunuh ibu, abang, cederakan adik hingga parah
June 18, 2025, 12:11 pm
Kerosakan teknikal punca kenderaan peronda polis tersadai – Polis Johor
June 18, 2025, 12:05 pm
Media sosial punca peningkatan kes rogol remaja di Johor
June 18, 2025, 12:01 pm
PGA serbu kedai vape depan sekolah di Kelantan, rampasan bernilai RM182,000
June 18, 2025, 12:01 pm
Pas syukur Abdul Hadi berjaya jalani rawatan jantung
June 18, 2025, 11:57 am
Bomba Johor pantau 42 lokasi panas berisiko kebakaran hutan
June 18, 2025, 11:51 am
PM Anwar doakan kesihatan berpanjangan buat Abdul Hadi
June 18, 2025, 11:50 am
Warga emas tunggang motosikal lawan arus, tak pakai topi keledar di Link Kedua
June 18, 2025, 11:47 am