Berita Berita
Kerosakan teknikal punca kenderaan peronda polis tersadai – Polis Johor

JOHOR BAHRU 18 Jun – Sebuah kenderaan peronda polis yang tersadai tanpa lampu isyarat di hadapan sebuah kompleks sukan di sini baru-baru ini didapati mengalami kerosakan teknikal, jelas Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.
Penjelasan itu susulan satu video tular berdurasi 12 saat di Facebook yang memaparkan seorang lelaki menyoal dua anggota polis mengenai kehadiran kenderaan tersebut yang diparkir tanpa sebarang lampu amaran pada awal pagi.
Menurut Raub, insiden berlaku sekitar pukul 4 pagi ketika dua anggota dari Balai Polis Taman Setia Indah sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.
“Kenderaan jenis Proton Waja itu mengalami kerosakan pada sistem pendawaian, menyebabkan semua lampu isyarat termasuk lampu kecemasan tidak berfungsi dan kenderaan tidak dapat digerakkan.
“Ketika menunggu bantuan penyelenggaraan, seorang lelaki menaiki kenderaan persendirian telah berhenti dan mula merakam serta mempersoalkan kehadiran anggota di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Raub memaklumkan, walaupun anggota bertugas telah memberikan penjelasan, lelaki tersebut terus memprovokasi sebelum beredar dari lokasi.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu tugas dan imej pasukan keselamatan.
“Kami mengambil maklum terhadap sebarang aduan awam, namun adalah penting untuk orang ramai menghormati anggota yang menjalankan tugas dan tidak menularkan sesuatu insiden tanpa maklumat lengkap,” tegasnya. - Media Telus
Berita berkaitan
June 18, 2025, 4:22 pm
Langkah penguatkuasaan jualan vape dadah dalam talian akan dibincang tiga kementerian
June 18, 2025, 4:13 pm
Kerajaan peruntuk RM20 juta naik taraf sekolah dalam kem tentera
June 18, 2025, 4:06 pm
Polis jamin tahap keselamatan Kuala Lumpur masih terkawal
June 18, 2025, 4:02 pm
Najib dibenar hadir prosiding rayuan peguam negara berhubung titah adendum
June 18, 2025, 3:53 pm
Salah laku pegawai, anggota polis Kelantan meningkat hampir 100 peratus
June 18, 2025, 3:33 pm
Pelajar maut motosikal ditunggang rempuh kereta depan sekolah di Melaka
June 18, 2025, 3:17 pm
Makin ramai pesara, penjawat awam di Kelantan jadi mangsa 'phone scam' - Polis
June 18, 2025, 2:50 pm
JMG Perak sahkan gegaran pagi tadi bukan akibat letupan kuari
June 18, 2025, 2:32 pm