Berita Berita
Bomba Johor pantau 42 lokasi panas berisiko kebakaran hutan

JOHOR BAHRU 18 Jun – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor sedang memantau sebanyak 42 lokasi panas yang dikenal pasti berisiko tinggi mengalami kebakaran hutan dan belukar susulan cuaca panas dan kering ketika negara sedang memasuki fasa Monsun Barat Daya.
Monsun yang bermula lewat Mei hingga September itu membawa cuaca lebih kering, litupan awan yang berkurangan serta hujan yang minimum.
Pengarah JBPM Johor, Siti Rohani Nadir berkata, pemantauan rapi dilaksanakan kerana cuaca kering tanpa hujan berpanjangan meningkatkan risiko berlakunya kebakaran berskala besar di kawasan terlibat.
“Mersing dan Muar mencatat jumlah lokasi panas tertinggi masing-masing dengan lapan dan tujuh lokasi.
“Diikuti Kota Tinggi lima lokasi, Batu Pahat tiga, Johor Bahru dan Gelang Patah masing-masing tiga, serta Ulu Tiram satu.
“Pengerang di Kota Tinggi pula mempunyai dua lokasi panas, Rengit tiga, manakala Kluang dan Segamat masing-masing satu. Pontian dan Tangkak pula mempunyai empat lokasi panas setiap satu,” katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.
Menurut beliau, seramai 1,284 pegawai dan anggota bomba kini bersiap siaga untuk dikerahkan sekiranya berlaku kebakaran, termasuk menjalankan rondaan dan pemantauan aktif bagi mengurangkan risiko serta memastikan keselamatan komuniti setempat.
Sebanyak 34 balai bomba di seluruh 10 daerah beroperasi 24 jam, dibantu oleh 28 Pasukan Bomba Sukarela yang melibatkan 576 ahli dalam usaha memadam kebakaran dan menyelamat.
Tambah Siti Rohani, JBPM Johor turut dilengkapi aset mencukupi termasuk 17 unit pam mudah alih jenis Tohatsu yang baharu, yang telah diagihkan ke balai-balai strategik, khususnya di kawasan berisiko tinggi. - Media Telus
Berita berkaitan
June 18, 2025, 4:22 pm
Langkah penguatkuasaan jualan vape dadah dalam talian akan dibincang tiga kementerian
June 18, 2025, 4:13 pm
Kerajaan peruntuk RM20 juta naik taraf sekolah dalam kem tentera
June 18, 2025, 4:06 pm
Polis jamin tahap keselamatan Kuala Lumpur masih terkawal
June 18, 2025, 4:02 pm
Najib dibenar hadir prosiding rayuan peguam negara berhubung titah adendum
June 18, 2025, 3:53 pm
Salah laku pegawai, anggota polis Kelantan meningkat hampir 100 peratus
June 18, 2025, 3:33 pm
Pelajar maut motosikal ditunggang rempuh kereta depan sekolah di Melaka
June 18, 2025, 3:17 pm
Makin ramai pesara, penjawat awam di Kelantan jadi mangsa 'phone scam' - Polis
June 18, 2025, 2:50 pm
JMG Perak sahkan gegaran pagi tadi bukan akibat letupan kuari
June 18, 2025, 2:32 pm