TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PM Anwar doakan kesihatan berpanjangan buat Abdul Hadi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 18 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan doa agar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

“Mendoakan kesihatan yang berterusan buat Ustaz Haji Hadi, insya-Allah,” kata Anwar ringkas menerusi hantaran di platform X hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur semalam.

Beliau sebelum ini pernah menerima rawatan susulan di institusi perubatan sama, termasuk yang dilaporkan pada 5 Januari tahun lalu.

Abdul Hadi juga beberapa kali dimasukkan ke hospital atas faktor kesihatan, antaranya pada tahun 2014 dan 2021 kerana sesak nafas serta pada 2023 akibat demam. – Media Telus

+ - reset