TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Warga emas tunggang motosikal lawan arus, tak pakai topi keledar di Link Kedua

By
|
Kongsi
image

ISKANDAR PUTERI 18 Jun – Seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun dikesan menunggang motosikal secara melawan arus sejauh 700 meter di Kilometer 24, Lebuhraya Link Kedua arah utara, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, tindakan lelaki terbabit turut membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain apabila dia menunggang tanpa memakai topi keledar.

“Lelaki warga emas itu menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda warna biru secara merbahaya dengan melawan arus dan tanpa memakai topi keledar.

“Selepas berjaya mengesannya, kita membawanya ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Iskandar Puteri untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 12 saat memaparkan seorang lelaki berkopiah putih menunggang motosikal melawan arus di lebuh raya berkenaan.

Kumarasan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian supaya menghubungi Pejabat Pertanyaan BSPT Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5101322.

+ - reset