Berita Berita
Polis siasat dakwaan guru didakwa ada hubungan dengan murid 12 tahun

KUALA LUMPUR 1 Mac. - Polis mengesahkan sedang menyiasat dakwaan seorang guru lelaki yang dipercayai mempunyai hubungan ‘istimewa’ dengan seorang murid perempuan berusia 12 tahun di sebuah sekolah di Dengkil, Sepang.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dalam satu kenyataan berkata, laporan polis telah dibuat oleh bapa kandung mangsa pada 26 Februari lalu selepas menyedari anaknya kerap berhubung dengan guru berusia 30-an itu melalui aplikasi TikTok, Love8, dan WhatsApp dalam keadaan mencurigakan.
“Perbualan antara mereka tidak mencerminkan hubungan biasa antara seorang guru dan murid, menyebabkan bapa mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Norhizam menegaskan bahawa siasatan masih dijalankan dan menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan. - Media Telus
Berita berkaitan
June 19, 2025, 12:57 pm
Kesihatan Abdul Hadi semakin baik, ikuti perkembangan politik dari IJN
June 19, 2025, 12:43 pm
MCMC fail tindakan sivil terhadap dua saluran Telegram sebar kandungan berunsur fitnah
June 19, 2025, 12:38 pm
Anwar kecam serangan udara Israel ke atas Iran, seru kuasa besar bertindak tegas
June 19, 2025, 12:23 pm
15 rakyat Malaysia sedia dipindahkan dari Iran – Tok Mat
June 19, 2025, 11:52 am
Dua rakan sekerja maut motosikal ditunggang rempuh MPV di lampu isyarat
June 19, 2025, 11:12 am
Lelaki obesiti 200kg guna bantuan 10 anggota bomba bawa turun dari tingkat 3 ke hospital
June 19, 2025, 10:35 am
Mahkamah benar rayuan SIS Forum cabar fatwa kumpulan hak asasi wanita itu sesat
June 19, 2025, 9:29 am
AirAsia kekal prestasi cemerlang, 16 tahun terbaik dunia berturut-turut
June 19, 2025, 9:11 am
Tambang 'cekik darah', JPJ tahan 80 ulat teksi di KLIA, denda RM5,000
June 19, 2025, 8:55 am