Berita Berita
Caruman i-Saraan meningkat tahun lalu, cecah RM2.6 bilion

KUALA LUMPUR 13 Mac - Caruman program i-Saraan, iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada tahun 2024.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, memaklumkan bahawa peruntukan insentif kerajaan berjumlah RM114.8 juta yang melibatkan 529,667 ahli.
"Ini merupakan peningkatan ketara berbanding dengan jumlah insentif kerajaan sebanyak RM54.7 juta untuk 383,082 ahli pada 2023, dan RM33.2 juta untuk 291,743 ahli pada 2022," katanya ketika menjawab soalan Senator Hasbie Muda di Dewan Negara.
Jumlah caruman yang diterima untuk i-Saraan pada 2023 adalah RM1.44 bilion, berbanding RM888 juta pada 2022, tambahnya.
Amir Hamzah turut menjelaskan bahawa kerajaan telah meningkatkan insentif padanan program i-Saraan daripada 15 peratus kepada 20 peratus, tertakluk kepada maksimum RM500 setahun dan had seumur hidup RM5,000 bagi setiap individu, mulai Belanjawan 2025.
Kelayakan insentif ini adalah untuk individu yang berumur di bawah 60 tahun.
Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa seramai 75,196 ahli telah menerima insentif kerajaan berjumlah RM11.4 juta di bawah program i-Suri KWSP, meningkat sebanyak 77 peratus berbanding 42,759 ahli pada 2023.
Kadar insentif i-Suri pada 2024 adalah caruman padanan 50 peratus bagi setiap ringgit yang dicarum ke dalam KWSP, dengan insentif maksimum sebanyak RM300 setahun dan had maksimum RM3,000 seumur hidup bagi setiap individu berumur bawah 55 tahun.
Amir Hamzah turut memberitahu bahawa jumlah pencarum yang mempunyai simpanan asas meningkat tujuh peratus pada 2024, mencapai 37.3 peratus atau 2.75 juta ahli.
Berita berkaitan
May 17, 2025, 1:26 pm
71 sekolah laksana PdPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 selama 3 hari
May 17, 2025, 12:28 pm
Pertukaran lesen memandu asing ke lesen Malaysia dihentikan mulai 19 Mei – JPJ
May 17, 2025, 12:00 pm
Mayat 2 warga Singapura ditemui mula mereput, busuk di rumah inap di Cheras
May 17, 2025, 9:26 am
Gandingan Anwar-Rafizi yang terbaik terajui PKR hadapi PRU - Nik Nazmi
May 16, 2025, 7:59 pm
Manjung rekod jumlah tertinggi rumah siap dibina tidak terjual – NAPIC
May 16, 2025, 7:52 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri hingga 9 malam ini – METMalaysia
May 16, 2025, 7:48 pm
Sanusi dakwa kelewatan SOP Perlombongan REE sengaja halang kemajuan negeri PN
May 16, 2025, 7:39 pm
Kanak-kanak 4 tahun maut dalam kebakaran di PPR Krubong, disyaki bermain pemetik api
May 16, 2025, 7:23 pm