Berita Berita
601 penghuni di 34 penjara dapat balik raya, dilepaskan secara lesen
KAJANG 24 Mac - Jabatan Penjara membebaskan seramai 601 penghuni dari 34 institusi penjara di seluruh negara hari ini menerusi Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI sempena Aidilfitri.
Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara, Komisioner Penjara Zainah Pardi, berkata mereka yang dibebaskan berumur lingkungan 21 hingga 68 tahun, empat daripadanya wanita.
Beliau berkata kebanyakan penghuni yang dibebaskan melibatkan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan peluang kedua ini diberikan kepada banduan yang menunjukkan perubahan positif sepanjang menjadi penghuni penjara.
"Seperti pemberian PBSL sebelum ini, prospek yang diberikan PBSL ini akan dipantau oleh lebih kurang 100 Pusat Pegawai Parol Daerah di seluruh negara bagi memastikan mereka berada di dalam kawasan yang ditetapkan sepanjang tempoh pemantauan.
"Sebagai Orang Bebas Berlesen (OBB) perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan tidak mengulangi kesalahan lampau," katanya kepada pemberita ketika majlis penyerahan BPSL Ihsan Madani di Kompleks Penjara Kajang di sini hari ini.
Zainah menjelaskan antara syarat yang membolehkan seseorang penghuni penjara diberikan PBSL ialah penghuni mestilah menjalani hukuman penjara di bawah tiga tahun, telah melalui program pemulihan di dalam penjara, berkelakukan baik dan sihat tubuh badan.
Tempoh pemantauan PBSL pula berbeza mengikut individu kerana ia bergantung kepada baki hukuman seseorang pesalah dengan tempoh paling singkat yang pernah diberikan ialah 10 hari manakala paling lama dua tahun.
"Dalam tempoh pemantauan PBSL itu, lazimnya terdapat majikan yang berminat untuk mengambil mereka ini bekerja dan OBB perlu mendapatkan perakuan daripada penjara terlebih dahulu bagi tujuan berkenaan.
"Sebahagiannya akan ditempatkan di syarikat-syarikat swasta dan mereka akan dibayar gaji minimum sepertimana yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.
Beliau berkata pemberian PBSL terbanyak sempena Aidilfitri tahun ini melibatkan Penjara Kluang dengan 68 penghuni manakala paling sedikit Penjara Sungai Petani iaitu hanya seorang penghuni.
Terdahulu, Zainah menyampaikan dokumen BPSL kepada 25 penghuni Penjara Kajang dengan kebanyakan mereka hadir diiringi keluarga masing-masing.
Seorang penerima yang hanya dikenali sebagai Idris berkata dia bersyukur diberikan BPSL yang membolehkannya keluar dari penjara lebih awal berbanding tarikh sebenar tamat hukuman pada 4 Jun depan.
Lebih manis, lelaki yang dipenjarakan kerana kesalahan dadah itu ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran di Putrajaya yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal sepanjang tempoh menjalani PBSL.
"Saya amat bersyukur dapat keluar menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan ada majikan yang sudi menawarkan pekerjaan kepada orang seperti saya. Saya tidak akan sia-siakan peluang kedua ini dan akan melakukan yang terbaik demi tiga anak saya," katanya.
Berita berkaitan
June 23, 2026, 9:30 am
Kerajaan teliti kaedah baharu lebih adil ganti pengelasan B40, M40 dan T20
June 23, 2026, 8:31 am
PRN Johor: Dua Ahli Parlimen jadi calon PH, Dr Maszlee di Puteri Wangsa
June 22, 2026, 10:41 pm
Pelajar Tingkatan Satu parah terjatuh dari bangunan sekolah di Ipoh
June 22, 2026, 10:23 pm
Johor terima RM14.6 bilion di bawah Anwar, dakwaan dianaktirikan tidak benar - Saifuddin
June 22, 2026, 6:20 pm
LRT3 Shah Alam mula beroperasi Ahad ini – Anthony Loke
June 22, 2026, 6:04 pm
Tak tahan tekanan politik, Perdana Menteri Britain letak jawatan
June 22, 2026, 5:52 pm
Tak perlu ambil cuti lagi, JPJ BTS kini dibuka hingga 10 malam setiap hari - Anthony Loke
June 22, 2026, 4:15 pm
'Saya tidak untung pun dengan SOP ini' - Khairul Aming pertahan SOP bayi demi keselamatan
June 22, 2026, 3:15 pm
Syed Saddiq selamatkan abang hampir lemas dibawa arus kuat di Bali
June 22, 2026, 3:03 pm
