Berita Berita
Menteri Perpaduan gesa polis siasat segera kes wanita Dayak dimaki berbaur perkauman

KUALA LUMPUR 26 Mac - Polis digesa menjalankan siasatan segera terhadap satu video tular mengenai seorang jurujual wanita berketurunan Dayak yang didakwa diugut dan dimaki seorang lelaki, termasuk membabkitkan perkataan berbaur perkauman dalam insiden di Central i-City Shah Alam baru-baru ini.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, tindakan sewajarnya harus dikenakan kepada pelaku, sambil menyifatkan perbuatan berbaur perkauman dan tidak bertamadun, malah bertentangan dengan prinsip Rukun Negara itu harus ditangani secara serius.
"Insiden seperti ini tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini. Setiap individu berhak untuk dihormati tanpa mengira latar belakang etnik, agama, atau status sosial mereka.
"Kementerian Perpaduan Negara tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penghinaan terhadap mana-mana kaum di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Aaron turut mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia supaya terus menjaga keharmonian dan perpaduan negara dengan saling hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain.
Terdahulu, tular menerusi aplikasi TikTok rakaman video berserta kapsyen yang mendakwa seorang jurujual wanita berketurunan Dayak, diugut dan dimaki pelanggannya termasuk berbaur perkauman, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dalam transaksi jual beli.
Berita berkaitan
June 28, 2025, 12:53 pm
Pendaki Malaysia parah jatuh 200 meter di Gunung Rinjani
June 28, 2025, 11:06 am
Orang ramai terkejut jumpa mayat terapung di Tasik Danau Kota
June 28, 2025, 10:47 am
Ada mangsa lain rupanya, 2 lagi pelajar MRSM Besut ditahan terlibat kes buli
June 28, 2025, 10:05 am
Pelajar Tingkatan 4 lemas ketika mahu lepaskan mata kail tersangkut di Sungai Besut
June 28, 2025, 8:44 am
Siap sedia, cuaca panas di seluruh negara bermula hari ini
June 27, 2025, 4:49 pm
Kerajaan Johor beri jaminan bekalan minyak masak peket bersubsidi mencukupi
June 27, 2025, 1:33 pm
'Hentikanlah budaya saling menjatuhkan dan mencari salah' - Sultan Selangor
June 27, 2025, 1:23 pm
Diugut individu menyamar polis, penganggur sanggup gadai barang kemas ibu
June 27, 2025, 1:16 pm
MOF perjelas SST 8% hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan tertentu
June 27, 2025, 1:11 pm