Berita Berita
'Papa masih sihat, ada di rumah bersama keluarga' - Anak Rahim Razali nafi berita palsu kematian bapa

KUALA LUMPUR 26 Mac – Anak kepada seniman terkenal Datuk Rahim Razali, Nadia Rahim, menafikan berita palsu yang mendakwa bapanya telah meninggal dunia.
Nadia,53, mengesahkan bahawa bapanya berada dalam keadaan sihat dan berusia 86 tahun, sekaligus menepis khabar angin yang tular di beberapa platform media sosial.
Menurut Nadia, berita yang tersebar itu tidak berasas dan sengaja disebarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab, menyebabkan ramai orang salah faham.
“Kepada semua rakan-rakan dan keluarga, khabar angin mengenai kematian papa saya telah menular dengan begitu banyak di beberapa platform kononnya ‘portal berita’.
"Saya mohon anda semua tidak meletakkan kepercayaan terhadapnya kerana khabar itu 100 peratus adalah palsu,” katanya dalam hantaran di Threads.
Nadia juga berharap agar semua pihak berhenti menyebarkan berita palsu yang boleh menjejaskan emosi keluarganya.
"Berhenti menyebarkan kenyataan yang salah kerana ia telah menyebabkan ada kalangan keluarga saya, baik dari sebelah papa (ayah) mahu pun ibu, bersedih,” katanya.
"Beliau turut menambah, “Papa saya ada di rumah bersama kami. Masih hidup dan sihat, syukur Alhamdulillah.” katanya
Rata-rata pengikut dan peminat pengarah serta pengulas sukan berpengalaman itu mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini, berita palsu mengenai kematian Rahim menjadi tular di media sosial, mengejutkan ramai pihak, termasuk ahli keluarga dan kenalan.
“Jahat sungguh, bulan puasa pun nak fitnah orang. Semoga Datuk Rahim terus sihat,” tulis seorang peminat, manakala seorang netizen menambah, “Kenapalah ada manusia macam ini? Semoga Datuk terus dipanjangkan usia.”
Rahim, yang memulakan kerjaya dalam dunia lakonan sejak tahun 1960, juga dikenali sebagai pengulas sukan yang pernah mengulas Sukan Olimpik sebanyak lima kali dan Piala Dunia Bola Sepak sebanyak enam kali yang disiarkan di RTM.
Berita berkaitan
July 7, 2025, 11:49 am
Rafizi gesa RCI ditubuhkan siasat kemelut kehakiman negara
July 7, 2025, 11:25 am
Jaga-jaga, JPJ tarik balik lesen peserta MyLesen B2 jika merempit
July 7, 2025, 11:17 am
Pemandu SUV rempuh restoran kerana tertekan pedal minyak
July 7, 2025, 10:58 am
Enam beranak hilang ditemui maut dalam kereta tenggelam di Sungai Korok
July 7, 2025, 7:50 am
Suami, isteri bersama 4 anak gagal dikesan selepas bermalam di rumah saudara di Jitra
July 6, 2025, 4:19 pm
Lelaki maut dipercayai ditendang lembu sebelum tercampak ke sungai
July 6, 2025, 4:11 pm
Guru ditahan disyaki cabul pelajar OKU intelektual di bilik rawatan sekolah
July 6, 2025, 4:06 pm