Berita Berita
Dakwa dengar bisikan, pelajar IPT di Negeri Sembilan patah tulang pinggul terjun bangunan 4 tingkat

KUALA PILAH 7 Julai – Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di sini dikejarkan ke hospital selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan asrama dalam satu kejadian yang berlaku awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu daripada Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) sekitar jam 1.40 pagi.
Katanya, mangsa yang berusia awal 20-an menerima rawatan kecemasan di Zon Merah HTAN dan hasil pemeriksaan menunjukkan pelajar tersebut mengalami kecederaan patah tulang pinggul.
“Bagaimanapun, tiada kecederaan serius. Mangsa stabil dan masih menerima rawatan. Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh daripada saksi, mangsa naik ke tingkat empat tanpa pengetahuan sesiapa.
“Saksi dan rakan-rakan mangsa kemudian menghubungi pihak pengurusan bagi memaklumkan kejadian itu. Pelajar itu dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Ketika kejadian mangsa dipercayai mendengar bisikan halusinasi,” katanya kepada pemberita hari ini.
Tambah beliau, hasil siasatan lanjut mendapati mangsa adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental dan pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Berita berkaitan
July 7, 2025, 2:48 pm
KSN mahu laporan segera isu sijil cuti sakit palsu dibentangkan
July 7, 2025, 2:36 pm
1,020 pelajar sekolah menengah di Selangor dikesan berisiko tinggi alami kemurungan
July 7, 2025, 2:26 pm
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Tomanggong
July 7, 2025, 2:15 pm
Remaja OKU hilang sembilan hari di Pasir Puteh masih belum ditemukan
July 7, 2025, 2:10 pm
Lawatan PM bukan ‘jalan-jalan’, bawa agenda besar negara – Ahmad Farhan
July 7, 2025, 2:04 pm
Selangor teliti cadangan sita aset suami liat bayar nafkah
July 7, 2025, 2:02 pm
Enam sekeluarga dipercayai cuba selamatkan diri, namun gagal - Bomba
July 7, 2025, 1:39 pm
Suri rumah didakwa hina Agong di Facebook, mengaku tidak bersalah
July 7, 2025, 1:30 pm
Malaysia penting buat India - Modi
July 7, 2025, 1:19 pm