Berita Berita
PRU16 mungkin diadakan lebih awal, dakwa Tun Faisal

KUALA KANGSAR 6 Julai – Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dijangka berlangsung lebih awal susulan tekanan berterusan terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, perkembangan dalam mesyuarat-mesyuarat bahagian UMNO menunjukkan bahawa gabungan kerajaan Perpaduan kini berada dalam kedudukan yang tidak stabil.
“Saya lihat Perdana Menteri dan kerajaan hari ini seolah-olah tidak sabar lagi. Naratif dalam mesyuarat UMNO juga menunjukkan isyarat bahawa pilihan raya semakin hampir,” katanya selepas merasmikan Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Kuala Kangsar di Dewan Seri Merchu, di sini semalam.
Turut hadir, Ketua Bersatu Bahagian Kuala Kangsar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Dr. Hashim Bujang.
Tun Faisal menambah, tekanan yang dihadapi kerajaan bukan hanya melibatkan soal politik, sebaliknya turut berkait dengan kemarahan rakyat terhadap isu kos sara hidup, dasar ekonomi, dan kepercayaan terhadap kepimpinan negara.
“Krisis ekonomi, kewangan dan kehidupan rakyat sedang berlaku serentak. Yang paling membimbangkan adalah krisis keyakinan terhadap kerajaan.
“Jika Perdana Menteri terus menangguhkan pilihan raya, kemarahan rakyat akan terus membuak. Saya percaya pilihan raya akan diadakan lebih awal daripada yang dijangkakan,” ujarnya.
Mengulas mengenai kesiapsiagaan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN), beliau menjelaskan bahawa parti kini memasuki fasa konsolidasi pasca pemilihan, dan usaha memperkemas jentera sedang giat dilakukan di peringkat negeri dan nasional.
“Jawatankuasa penerangan negeri sudah dibentuk dan latihan kepada jentera sedang dijalankan. Jika sebelum ini kita bergerak pada 100 kilometer sejam, kini kita perlu gandakan usaha itu kerana masa semakin suntuk,” katanya.
Tun Faisal turut menyatakan keyakinan bahawa PN berada di landasan kukuh untuk kembali menawan Perak dalam PRU akan datang.
“Kita hanya kurang empat kerusi untuk bentuk kerajaan negeri selepas PRU15. Kalau bukan kerana UMNO bekerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan, kerajaan Perak tidak akan terbentuk.
“Kami yakin peluang cerah untuk menang, termasuk di Kuala Kangsar dan Bukit Gantang, kerana sokongan pengundi Melayu dan Islam kekal kuat bersama kita,” katanya. – Media Telus.
Berita berkaitan
July 6, 2025, 4:19 pm
Lelaki maut dipercayai ditendang lembu sebelum tercampak ke sungai
July 6, 2025, 4:11 pm
Guru ditahan disyaki cabul pelajar OKU intelektual di bilik rawatan sekolah
July 6, 2025, 4:02 pm
Dua nyaris maut motosikal terbabas ke dalam gaung di Bukit Fraser
July 6, 2025, 10:50 am
Ibu pejabat PN ditutup selepas tamat tempoh sewaan - Azmin
July 6, 2025, 10:44 am
Empat cedera termasuk kanak-kanak, kereta rempuh tiga motosikal langgar lampu merah
July 5, 2025, 5:46 pm
Calon SPM maut kemalangan dalam perjalanan ke kelas tambahan
July 5, 2025, 5:10 pm
Peniaga air kelapa cedera, gerai dirempuh kereta dipandu warga emas
July 5, 2025, 4:12 pm
Bas ekspres rempuh palang had ketinggian akibat terlalu bergantung aplikasi navigasi
July 5, 2025, 11:10 am