Berita Berita
Pemandu SUV rempuh restoran kerana tertekan pedal minyak

SUBANG 7 Julai – Seorang pemandu lelaki dipercayai tertekan pedal minyak secara tidak sengaja sebelum merempuh cermin hadapan sebuah restoran di Jalan SS14/1, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.20 petang.
“Siasatan awal mendapati pemandu berkenaan sedang memasuki kawasan parkir sebelum tidak sengaja menekan pedal minyak, menyebabkan kenderaannya bergerak ke hadapan lalu melanggar bahagian cermin restoran terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Wan Azlan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu berkenaan sudah tampil memberikan keterangan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Subang Jaya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222. – Media Telus.
Berita berkaitan
July 7, 2025, 2:48 pm
KSN mahu laporan segera isu sijil cuti sakit palsu dibentangkan
July 7, 2025, 2:36 pm
1,020 pelajar sekolah menengah di Selangor dikesan berisiko tinggi alami kemurungan
July 7, 2025, 2:26 pm
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Tomanggong
July 7, 2025, 2:15 pm
Remaja OKU hilang sembilan hari di Pasir Puteh masih belum ditemukan
July 7, 2025, 2:10 pm
Lawatan PM bukan ‘jalan-jalan’, bawa agenda besar negara – Ahmad Farhan
July 7, 2025, 2:04 pm
Selangor teliti cadangan sita aset suami liat bayar nafkah
July 7, 2025, 2:02 pm
Enam sekeluarga dipercayai cuba selamatkan diri, namun gagal - Bomba
July 7, 2025, 1:39 pm
Suri rumah didakwa hina Agong di Facebook, mengaku tidak bersalah
July 7, 2025, 1:30 pm
Malaysia penting buat India - Modi
July 7, 2025, 1:19 pm