Berita Berita
Enam beranak hilang ditemui maut dalam kereta tenggelam di Sungai Korok

JITRA 7 Julai – Enam mayat yang ditemui dalam sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara di dalam Sungai Korok di sini pagi tadi disahkan sebagai satu keluarga yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya masih menjalankan operasi mengeluarkan semua mangsa dari dalam kenderaan berkenaan.
“Setakat ini, empat mayat berjaya dikeluarkan dan dibawa naik ke tebing sungai, manakala dua lagi mayat dipercayai pasangan suami isteri masih dalam usaha untuk dikeluarkan.
“Bomba menghadapi kesukaran kerana terpaksa memotong bumbung kereta bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya hari ini.
Identiti kesemua mangsa sedang dikenal pasti, namun mereka dipercayai adalah Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka berusia enam bulan hingga sembilan tahun.
Kehilangan keluarga itu disedari selepas mereka tidak pulang ke rumah di Jerlun selepas bermalam di rumah seorang ahli keluarga di Taman Aman, Jitra, pada malam Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim turut mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan keluarga berkenaan. – Media Telus.
Berita berkaitan
July 7, 2025, 2:48 pm
KSN mahu laporan segera isu sijil cuti sakit palsu dibentangkan
July 7, 2025, 2:36 pm
1,020 pelajar sekolah menengah di Selangor dikesan berisiko tinggi alami kemurungan
July 7, 2025, 2:26 pm
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Tomanggong
July 7, 2025, 2:15 pm
Remaja OKU hilang sembilan hari di Pasir Puteh masih belum ditemukan
July 7, 2025, 2:10 pm
Lawatan PM bukan ‘jalan-jalan’, bawa agenda besar negara – Ahmad Farhan
July 7, 2025, 2:04 pm
Selangor teliti cadangan sita aset suami liat bayar nafkah
July 7, 2025, 2:02 pm
Enam sekeluarga dipercayai cuba selamatkan diri, namun gagal - Bomba
July 7, 2025, 1:39 pm
Suri rumah didakwa hina Agong di Facebook, mengaku tidak bersalah
July 7, 2025, 1:30 pm
Malaysia penting buat India - Modi
July 7, 2025, 1:19 pm