TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki maut dipercayai ditendang lembu sebelum tercampak ke sungai

By
|
Kongsi
image

HULU SELANGOR 6 Julai – Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditendang seekor lembu sehingga tercampak ke dalam sungai dalam kejadian di Ladang Batu 2, Kerling, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7.55 pagi apabila mangsa berusia 53 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sungai berhampiran ladang kelapa sawit oleh seorang pekerja ladang warga Indonesia.

“Penolong Pegawai Perubatan yang dimaklumkan mengenai kejadian segera ke lokasi dan mendapati mangsa masih mempunyai denyutan nadi.

“Bantuan pernafasan (CPR) diberikan sebelum mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan luka pada dahi mangsa dan pihak hospital menjalankan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan otak traumatik teruk yang berpunca daripada jatuh dari tempat tinggi,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – Media Telus.

+ - reset