Berita Berita
'Saya ada agama, tiada 1 sen pun saya ambil duit MARA' - Asyraf Wajdi bakal saman Papagomo RM1 juta

KUALA LUMPUR 7 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memberi reaksi tegas terhadap satu dakwaan tular di media sosial apabila beliau mengumumkan hasrat untuk menyaman Papagomo sebanyak RM1 juta berikutan satu video yang dianggap berunsur fitnah.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikToknya, Dr. Asyraf menegaskan beliau akan menyaman individu berkenaan kerana didakwa menyebarkan tuduhan tidak berasas berkaitan tender projek dan ibadah korban.
“Ini dah melampau, Papagomo. Jumpa awak di mahkamah! Saya akan saman RM1 juta. Ini fitnah yang merosakkan imej saya dan Mara,” katanya tegas.
Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau menggunakan dana Mara untuk membeli lembu korban sempena Aidiladha.
“Saya ada agama. Tak ada satu sen pun saya ambil duit Mara.
Tapi untuk pengetahuan Papagomo, haritu ramai yang menyumbang untuk bersedekah kepada penduduk Gerik,” jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau turut mempertahankan integriti pentadbiran Mara serta menegaskan tidak pernah campur tangan dalam sebarang proses mesyuarat tender.
“Saya hanya memastikan tata kelola yang betul. Walaupun pengerusi, saya tak terlibat pun dalam mesyuarat pemberian tender,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
July 7, 2025, 2:48 pm
KSN mahu laporan segera isu sijil cuti sakit palsu dibentangkan
July 7, 2025, 2:36 pm
1,020 pelajar sekolah menengah di Selangor dikesan berisiko tinggi alami kemurungan
July 7, 2025, 2:26 pm
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Tomanggong
July 7, 2025, 2:15 pm
Remaja OKU hilang sembilan hari di Pasir Puteh masih belum ditemukan
July 7, 2025, 2:10 pm
Lawatan PM bukan ‘jalan-jalan’, bawa agenda besar negara – Ahmad Farhan
July 7, 2025, 2:04 pm
Selangor teliti cadangan sita aset suami liat bayar nafkah
July 7, 2025, 2:02 pm
Enam sekeluarga dipercayai cuba selamatkan diri, namun gagal - Bomba
July 7, 2025, 1:39 pm
Suri rumah didakwa hina Agong di Facebook, mengaku tidak bersalah
July 7, 2025, 1:30 pm
Malaysia penting buat India - Modi
July 7, 2025, 1:19 pm