Berita Berita
Rafizi gesa RCI ditubuhkan siasat kemelut kehakiman negara

SUBANG 7 Julai – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pelbagai dakwaan campur tangan dan kelewatan dalam urusan institusi kehakiman negara.
Gesaan itu dinyatakan dalam sidang media khas bersama lapan lagi Ahli Parlimen PKR yang menyifatkan kemelut terkini sebagai yang paling serius sejak skandal video VK Lingam pada 2007.
“Ia bukan sekadar soal kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan, tetapi turut membabitkan dakwaan serius termasuk cubaan mempengaruhi kes serta pertukaran hakim.
“Malah, ada dakwaan seorang hakim Mahkamah Persekutuan telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) untuk menjelaskan tuduhan,” kata Rafizi.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap kegagalan kerajaan bertindak ke atas pencalonan JAC yang dikemukakan sejak sebelum persaraan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Menurut Rafizi, mesyuarat tergempar JAC yang diadakan baru-baru ini didakwa tidak mematuhi notis 10 hari seperti ditetapkan, mencetuskan tanda tanya sama ada proses pencalonan semula mahu dimulakan secara tergesa-gesa.
“Tindakan ini mencemarkan prinsip pengasingan kuasa dan kebebasan kehakiman,” tegasnya.
Komitmen dan tindakan lanjut
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, mereka akan memohon siasatan rasmi oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berkaitan Reformasi Institusi, selain memanggil Perdana Menteri untuk memberi penjelasan di Parlimen.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah:
-
Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa)
-
Wong Chen (Subang)
-
Rodziah Ismail (Ampang)
-
Zahir Hassan (Wangsa Maju)
-
Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau)
-
Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang)
-
S. Kesavan (Sungai Siput)
-
Onn Abu Bakar (Batu Pahat)
Selain langkah institusi, kempen penerangan kepada rakyat termasuk forum awam dan petisyen dalam talian akan dilancarkan bermula 13 Julai ini di Kuala Lumpur dan Selangor.
Rafizi menyeru orang ramai agar memberi perhatian serius terhadap isu ini yang menurutnya memberi kesan besar kepada masa depan negara.
“Walaupun mungkin dilihat remeh di celah pelbagai isu lain, ini adalah soal asas kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara,” katanya. –– Media Telus.
Berita berkaitan
July 7, 2025, 2:48 pm
KSN mahu laporan segera isu sijil cuti sakit palsu dibentangkan
July 7, 2025, 2:36 pm
1,020 pelajar sekolah menengah di Selangor dikesan berisiko tinggi alami kemurungan
July 7, 2025, 2:26 pm
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Tomanggong
July 7, 2025, 2:15 pm
Remaja OKU hilang sembilan hari di Pasir Puteh masih belum ditemukan
July 7, 2025, 2:10 pm
Lawatan PM bukan ‘jalan-jalan’, bawa agenda besar negara – Ahmad Farhan
July 7, 2025, 2:04 pm
Selangor teliti cadangan sita aset suami liat bayar nafkah
July 7, 2025, 2:02 pm
Enam sekeluarga dipercayai cuba selamatkan diri, namun gagal - Bomba
July 7, 2025, 1:39 pm
Suri rumah didakwa hina Agong di Facebook, mengaku tidak bersalah
July 7, 2025, 1:30 pm
Malaysia penting buat India - Modi
July 7, 2025, 1:19 pm