Berita Berita
"Raya dipelukan mak": Karya penuh emosi dan pengajaran oleh Ryan Bakery

KUALA LUMPUR 28 Mac - Filem pendek "Raya Dipelukan Mak", karya sulung Ryan Bakery sempena Aidilfitri tahun ini, menyentuh emosi dengan kisah penuh pengajaran mengenai hubungan kekeluargaan. Filem ini mengangkat kisah seorang ibu dan anak yang hidup bersendirian tanpa kehadiran seorang bapa, menampilkan perjalanan emosi watak Aman dan Mak Ani yang pasti meruntun hati penonton.
Ryan berkongsi bahawa idea menghasilkan filem pendek ini sudah lama tercetus, terinspirasi daripada rakan-rakan yang sebelum ini menerbitkan drama pendek bertemakan Hari Raya.
“Selama ini orang hanya mengenali saya sebagai pelawak. Kini, saya mahu meneroka sisi lain dalam berkarya, dan lahirlah Raya Dipelukan Mak. Kami mengembangkan idea ini menjadi sebuah jalan cerita yang lebih menarik sehingga akhirnya ia dapat direalisasikan sepenuhnya,” kata Ryan, yang mendapatkan khidmat Marr Mohamad sebagai penulis skrip.
Filem ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Khatijah Tan, Ellie Suriaty Omar, Fendi London, Uyaina Arshad, Adriana Adnan, Dafi, serta To’ Puan Syamim Freida. Selain itu, ia juga diserikan dengan kemunculan istimewa isteri Ryan, Eliya Ibrahim, bersama pelakon lain seperti Badron Munirah, Farihin, Wanchai, Adam Bakery, Black, Riev Wafa, dan Rushdan Wafa.
Menurut Ryan, mesej utama filem ini berkisar tentang realiti hubungan keluarga yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.
“Kita sering berhati-hati dalam menjaga hati orang tua, tetapi tanpa sedar, kadang-kala tindakan kita melukakan mereka. Kisah seperti ini banyak terjadi dalam masyarakat, dan saya berharap mesej dalam filem ini dapat menyedarkan serta memberi manfaat kepada penonton,” katanya lagi.
"Raya Dipelukan Mak" diterbitkan oleh Ryan dan Elyias Omar dan mula ditayangkan pada 27 Mac, jam 6:30 petang menerusi saluran YouTube Ryan Bakery.
Tonton filem pendek ini di sini: Raya Dipelukan Mak - Media Telus
Berita berkaitan
July 16, 2025, 5:07 pm
Giliran Sarawak pula bakal haramkan vape
July 16, 2025, 3:09 pm
Seorang maut, 13 cedera termasuk budak, pikap terjunam dalam gaung 15 meter
July 16, 2025, 2:44 pm
Rafizi sindir PAS ubah pendirian isu kehakiman tiga kali seminggu
July 16, 2025, 2:34 pm
Johari tegur Ahli Parlimen gemar bersuara di luar, tapi jarang hadir sidang
July 16, 2025, 2:29 pm
Operasi SAR pempengaruh permotoran diperluas hingga 10km
July 16, 2025, 2:22 pm
Syiling Malaysia dipamer CIA sebagai artifak simbolik di ibu pejabat Virginia
July 16, 2025, 2:14 pm
2,467 kes keganasan rumah tangga direkod dalam masa 4 bulan
July 16, 2025, 1:22 pm