Berita Berita
Laung azan maghrib awal 3 minit, DFC Puncak Alam mohon maaf kepada pelanggan terpaksa ganti puasa

KUALA LUMPUR 28 Mac – Darsa Fried Chicken (DFC) Puncak Alam memohon maaf kepada pelanggannya berhubung kesilapan laungan azan maghrib pada 17 Mac lalu, yang menyebabkan beberapa pelanggan berbuka puasa lebih awal daripada waktu sebenar.
Menurut kenyataan rasmi yang dikongsikan di Facebook, azan telah dilaungkan pada pukul 7.26 malam, sedangkan waktu sebenar berbuka di kawasan Kuala Selangor adalah pada 7.29 malam.
“Kami dengan penuh rasa tanggungjawab memohon maaf atas kekhilafan ini dan amat menghargai kesedaran serta keprihatinan pelanggan yang memaklumkan perkara ini kepada kami,” jelas pihak pengurusan DFC.
DFC turut menasihatkan pelanggan yang telah berbuka pada waktu tersebut agar menggantikan (qada) puasa bagi mematuhi hukum syarak.
Sebagai langkah pembetulan, pihak pengurusan telah mengambil tindakan untuk menyemak serta menyelaraskan waktu azan dengan jadual rasmi solat bagi memastikan perkara ini tidak berulang.
“Kami menghargai kepercayaan anda terhadap Darsa Puncak Alam dan komited untuk memberikan pengalaman terbaik kepada semua pelanggan. Segala kesulitan amat dikesali, dan kami berterima kasih atas pemahaman serta sokongan anda,” tambah kenyataan itu.
Memo permohonan maaf tersebut dimuat naik di Facebook rasmi DFC pada 19 Mac lalu dan kembali dikongsikan hari ini.
Berita berkaitan
September 10, 2025, 9:57 pm
'Si mati dipercayai sudah meninggal dunia seminggu lalu' - Polis cari waris mayat wanita mereput ditemui di KLIA
September 10, 2025, 9:18 pm
Calon SPM maut dalam nahas 4 kenderaan di Kulai
September 10, 2025, 8:13 pm
Zambry ingatkan jangan politikkan isu pelajar cemerlang
September 10, 2025, 8:09 pm
Harga RON97 dan diesel naik 2 sen, RON95 kekal
September 10, 2025, 8:05 pm
27 individu termasuk 18 pegawai penguat kuasa direman kes sindiket ‘counter setting’
September 10, 2025, 8:02 pm
SPR nafi poster tarikh PRN Sabah, sahkan maklumat palsu
September 10, 2025, 7:59 pm
Fahmi sahkan laman web Caghi.com disekat sejak 2022
September 10, 2025, 6:09 pm
Anwar arah semua lawatan rasmi menteri ke luar negara dihentikan sementara serta-merta
September 10, 2025, 5:34 pm
Kerajaan berjaya pulih aset Jho Low bernilai RM39.1 juta dengan bantuan Singapura
September 10, 2025, 5:17 pm