Berita Berita
Anggota tentera ditahan berhubung insiden tumbuk pemandu wanita

SEREMBAN 30 Mac - Seorang anggota tentera telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang pemandu wanita yang ditumbuk di Jalan Persiaran Senawang 4, berhampiran Taipan, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan penahanan tersebut dalam satu kenyataan sebentar tadi.
"Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban petang ini, dan siasatan masih dijalankan," katanya.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 10.15 malam itu tular di media sosial, memperlihatkan seorang lelaki menumbuk seorang pemandu wanita berhampiran Taipan Senawang.
Menurut siasatan awal, kejadian dipercayai berpunca daripada kemarahan lelaki terbabit yang mendakwa anaknya telah dilanggar oleh kenderaan dipandu mangsa, sebuah Perodua Axia. Klip video berdurasi 22 saat menunjukkan wanita berkenaan membuka pintu keretanya sebelum diserang oleh seorang lelaki berbaju merah. Lelaki tersebut kemudiannya dilihat membawa anaknya ke tepi jalan selepas kejadian itu.
Siasatan lanjut mendapati pemandu wanita berusia 28 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Mydin Senawang menuju ke Senawang. Ketika tiba di lokasi kejadian, seorang wanita berusia 34 tahun bersama anak perempuannya yang berumur tujuh tahun secara tiba-tiba melintas jalan dari arah kiri ke kanan. Oleh kerana jarak yang terlalu dekat, pemandu tidak sempat mengelak lalu melanggar pejalan kaki terbabit.
Akibat pelanggaran itu, wanita dan anaknya mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk mendapatkan rawatan.
Mohamad Hatta menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan mengikut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959. Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan terhadap lelaki yang dipercayai menggunakan kekerasan jenayah terhadap pemandu tersebut.
"Mangsa mengalami lebam di bahagian rusuk kanan serta bengkak di bahagian belakang kepala, selain keretanya turut mengalami kerosakan," tambahnya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan ketegangan serta mengingatkan agar semua pihak mematuhi undang-undang.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Khairul Aswad Mazlan di talian 011-10843873 atau melaporkan terus ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 6, 2025, 2:07 pm
Lebih 200 doktor, petugas kesihatan berhimpun bantah peraturan papar harga ubat
May 6, 2025, 1:46 pm
Konflik India-Pakistan boleh jejas bekalan beras ke Malaysia - Mat Sabu
May 6, 2025, 1:17 pm
Malaysia Expo Dili 2025 bakal jadi hab perdagangan dan budaya serantau
May 6, 2025, 12:09 pm
Komander agensi ditahan terima rasuah RM5,000 untuk lulus pembekalan
May 6, 2025, 11:23 am
Datuk direman semula kes tuntutan palsu RM450 juta libatkan projek lebuh raya
May 6, 2025, 11:06 am
Dua beranak mati di Semenyih lemas akibat beg plastik, polis sahkan mangsa dibunuh
May 6, 2025, 10:49 am
Budak 8 tahun patah tangan baju hujan tersangkut tayar motosikal
May 6, 2025, 10:35 am