TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Syed Omar Albar dilantik jadi CEO baharu Heitech Padu

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 6 Mei - Heitech Padu Bhd melantik Syed Omar Albar Syed Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan baharu, berkuat kuasa 26 Mei 2025, berikutan peletakan jawatan Hasrul Azuan Mohd Yusof.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Heitech Padu berkata, Syed Omar Albar, 38, mempunyai pengalaman lebih 13 tahun dalam pelbagai industri termasuk pelabuhan dan logistik, telekomunikasi, pembangunan hartanah, tenaga boleh diperbaharui dan perkhidmatan kerajaan.

Beliau kini memegang jawatan sebagai Timbalan CEO Kumpulan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).

Syed Omar Albar memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Teknologi Maklumat dan Pengurusan di Rzeszow, Poland. 

Beliau juga memiliki Diploma dalam Pengkomputeran Internet, dengan pengkhususan dalam Rangkaian, daripada Universiti Multimedia.

Dalam makluman yang berasingan, Heitech Padu melantik Datuk Rizal Ashram Ramli sebagai pengerusi bebas dan bukan eksekutif.

Beliau yang berusia 48 tahun kini merupakan pengerusi bebas bukan eksekutif di XOX Bhd.

+ - reset