TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak 8 tahun patah tangan baju hujan tersangkut tayar motosikal

By
|
Kongsi
image

BALIK PULAU 6 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mengalami kecederaan patah tangan kiri selepas baju hujan yang dipakainya tersangkut pada tayar motosikal yang diboncengnya dalam kejadian di Kampung Permatang Pasir, di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi ketika mangsa, Muhammad Aryan Shah, sedang dalam perjalanan ke rumah ibu saudaranya dari arah Sungai Pinang.

Menurut bapa mangsa, Syukry Said, 41, anaknya tidak ke sekolah kerana kurang sihat dan dihantar ke rumah ibu saudara untuk dijaga.

“Anak saya tak sihat hari ini dan tak pergi ke sekolah jadi kami minta ibu saudara tolong jagakan dia berikutan saya kerja.

“Berikutan hujan lebat, dia dipakaikan baju hujan namun lengan pakaian itu tersangkut pada tayar motosikal dan saya difahamkan penduduk berhampiran bantu anak kedua saya itu sebaik melihat kejadian yang berlaku.

“Bagaimanapun, impak kejadian itu menyebabkan dia patah tangan kiri dan kini dirawat di Hospital Balik Pulau,” katanya ketika dihubungi.

Saksi kejadian, Johan Abu Bakar, 41, berkata beliau bersama kira-kira 15 orang awam lain bertungkus-lumus membantu mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit selama hampir 20 minit.

“Mangsa dihantar ke hospital oleh pengguna jalan raya yang melalui lokasi kejadian,” katanya. 

+ - reset