TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua beranak mati di Semenyih lemas akibat beg plastik, polis sahkan mangsa dibunuh

By
|
Kongsi
image

KLANG 6 Mei - Polis mengesahkan punca kematian seorang wanita dan anak saudaranya dalam kejadian di Semenyih pada April lalu adalah akibat lemas disebabkan beg plastik yang menutup wajah mangsa.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan, berkata hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua mayat mengesahkan kematian berpunca daripada asfiksia atau sesak nafas.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan lemas akibat beg plastik.

"Setakat ini, tiada tangkapan dan kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, hari ini.

Pada 26 April lalu, dua beranak itu dilaporkan ditemui maut dalam sebuah rumah di Semenyih, selepas seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila terhidu bau busuk dari rumah kakaknya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof sebelum ini berkata, wanita berusia 53 tahun dan anak saudaranya yang berumur 25 tahun dipercayai sudah hampir 10 hari tidak kelihatan di kawasan perumahan berkenaan sebelum penemuan mayat dilakukan.

+ - reset