Berita Berita
Menteri Sumber Manusia nafi lantik penasihat

PUTRAJAYA 31 Mac - Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, menegaskan bahawa beliau tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai penasihatnya.
Menurut Setiausaha Akhbarnya, Abdul Hakim Ab Rahman, pihaknya mengambil maklum mengenai dakwaan yang mengaitkan seorang individu sebagai penasihat kepada menteri tersebut.
"Sebarang persoalan mengenai perjawatan dalam pejabat menteri atau Kementerian Sumber Manusia boleh dirujuk melalui saluran rasmi kementerian," katanya dalam satu kenyataan.
Penjelasan ini dibuat susulan laporan sebuah portal yang mendakwa seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri, yang dipercayai menipu wang orang ramai sebanyak RM10 juta, adalah penasihat kepada Menteri Sumber Manusia.
Pada 29 Mac, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah menahan ahli perniagaan tersebut yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam industri minyak dan gas. Suspek dipercayai menipu wang dengan mendakwa ia akan digunakan untuk menyelesaikan kes pengubahan wang haram.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan bahawa satu sidang media berkaitan kes berkenaan akan diadakan dalam masa terdekat. - Media Telus
Berita berkaitan
August 11, 2025, 11:19 am
Paras empangan Bukit Merah masih kritikal, bekalan air ke sawah padi terpaksa dihentikan sementara
August 11, 2025, 10:43 am
Bayaran STR Fasa 3 mula dikredit esok, 8.6 juta penerima terima hingga RM650
August 11, 2025, 8:40 am
Warga emas disyaki bakar rumah isteri muda, direman 4 hari
August 11, 2025, 8:09 am
Sultan Pahang titah semua masjid, surau laksana solat hajat khas untuk Zara Qairina
August 10, 2025, 8:41 pm
Proses bedah siasat jenazah Zara Qairina selesai selepas 8 jam
August 10, 2025, 7:42 pm
Polis gempur 22 pusat hiburan di Selangor, KL, 288 warga asing dicekup
August 10, 2025, 5:53 pm