TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Proses bedah siasat jenazah Zara Qairina selesai selepas 8 jam

By
|
Kongsi
image

KOTA KINABALU, 10 Ogos – Proses bedah siasat jasad Zara Qairina Mahathir selesai dijalankan selepas kira-kira lapan jam prosedur itu dilakukan, hari ini.

Peguam keluarga, Shahlan Jufri, yang turut menyaksikan proses berkenaan atas permintaan keluarga, memaklumkan bedah siasat bermula sekitar jam 11 pagi dan selesai sebelum jam 8 malam.

Jasad pelajar berusia 13 tahun itu dijangka dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang untuk dikebumikan semula.

Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Terdahulu, penggalian semula kubur di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi yang dijalankan semalam mengambil masa lebih sejam, bermula jam 6.04 petang dan selesai pada 7.31 malam.

+ - reset