Berita Berita
Polis gempur 22 pusat hiburan di Selangor, KL, 288 warga asing dicekup

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Sebanyak 22 pusat hiburan di sekitar Selangor dan ibu kota yang dipercayai dikendalikan warga asing diserbu polis dalam Op Mega Pusat Hiburan yang dijalankan malam tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu berkata, operasi bermula sekitar jam 10.30 malam itu membawa kepada penahanan 288 warga asing bagi siasatan lanjut.
Daripada jumlah itu, empat adalah penjaga premis, 21 penjaga kaunter, 26 pekerja, seorang tukang ‘jaga air’ (berperanan seperti tonto) dan 170 pelanggan warga asing pelbagai negara.
Turut ditahan, 66 wanita warga Myanmar yang bekerja sebagai pelayan pelanggan.
“Kesemua tangkapan berusia antara 18 hingga 51 tahun terdiri daripada warga Myanmar, Nepal dan Bangladesh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memaklumkan, 16 daripada premis berkenaan terletak di Selangor dan disyaki beroperasi tanpa lesen sah selain menggaji pekerja asing tanpa dokumen perjalanan atau permit kerja.
Operasi bersepadu itu turut melibatkan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gengsterisme (D7) JSJ Bukit Aman, D7 JSJ Kontinjen Selangor, D7 JSJ Kontinjen Kuala Lumpur, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas wang tunai, pelbagai peralatan hiburan, minuman keras pelbagai jenama serta beberapa dokumen operasi premis.
“Semua individu yang ditahan akan disiasat mengikut pelbagai peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Akta Hiburan, Akta Eksais, Akta Kastam 1976 dan Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya.
Kumar menegaskan, PDRM khususnya JSJ Bukit Aman memandang serius kegiatan pusat hiburan haram yang dikendalikan warga asing kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah menjejaskan ketenteraman awam.
“PDRM akan terus mempergiatkan operasi bersepadu di seluruh negara dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.
“Orang ramai juga digesa menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan ini,” katanya.
Berita berkaitan
August 13, 2025, 5:00 pm
Kelantan akui AKSB berhutang RM61 juta dengan TNB, janji bayar berperingkat
August 13, 2025, 4:51 pm
Mindef tegaskan tiada kompromi terhadap anggota tentera terlibat sindiket
August 13, 2025, 4:44 pm
Anwar kagumi sentuhan Akbar Khan dalam ‘Taj Mahal: An Eternal Love Story’
August 13, 2025, 3:58 pm
'Perjuangan tuntut keadilan Zara Qairina tidak akan terhenti' - Nurul Izzah
August 13, 2025, 3:36 pm
Belanja pembaikan jalan akibat banjir cecah RM101.57 juta setakat Januari - Nanta
August 13, 2025, 3:11 pm
SPRM tumpas sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan ATM, kumpul hasil rasuah lebih RM3 juta
August 13, 2025, 2:47 pm
Jabatan Peguam Negara arah inkues siasat kematian Zara Qairina
August 13, 2025, 2:35 pm
Keputusan mahkamah buktikan Titah Adendum Najib wujud - Akmal
August 13, 2025, 2:28 pm
Pesara polis dan tentera dilantik sebagai warden MRSM
August 13, 2025, 2:16 pm