Berita Berita
Paras empangan Bukit Merah masih kritikal, bekalan air ke sawah padi terpaksa dihentikan sementara

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Paras air di Empangan Bukit Merah, Perak kekal pada tahap kritikal meskipun pernah mencatat sedikit peningkatan sebelum ini, sekali gus mencapai status Aras Henti Bekalan Pengairan dan menjejaskan kelancaran bekalan air ke kawasan sekitar.
Menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak, bacaan paras air setakat semalam adalah 6.17 meter (20.25 kaki) dengan baki simpanan 8.0351 juta meter padu atau 14.75 peratus, seperti yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian empangan.
Keadaan itu memaksa pihak berkuasa menghentikan sementara bekalan air ke sawah padi bagi memberi keutamaan kepada pembekalan air mentah kepada penduduk sekitar.
“Pihak kami berharap semua mendoakan hujan bermanfaat dapat turun segera bagi menambah simpanan air empangan dan memulihkan semula bekalan pengairan ke sawah padi,” kata JPS.
Sebelum ini, media melaporkan paras air empangan meningkat daripada 6.03 meter kepada 6.096 meter sehari selepas Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang menghasilkan hujan di beberapa kawasan terlibat.
Ketika itu, kapasiti simpanan empangan turut bertambah daripada 6.65 juta meter padu (12.2 peratus) kepada 7.25 juta meter padu (13.31 peratus), namun statusnya kekal pada Aras Henti Bekalan Pengairan.
Berita berkaitan
August 13, 2025, 5:00 pm
Kelantan akui AKSB berhutang RM61 juta dengan TNB, janji bayar berperingkat
August 13, 2025, 4:51 pm
Mindef tegaskan tiada kompromi terhadap anggota tentera terlibat sindiket
August 13, 2025, 4:44 pm
Anwar kagumi sentuhan Akbar Khan dalam ‘Taj Mahal: An Eternal Love Story’
August 13, 2025, 3:58 pm
'Perjuangan tuntut keadilan Zara Qairina tidak akan terhenti' - Nurul Izzah
August 13, 2025, 3:36 pm
Belanja pembaikan jalan akibat banjir cecah RM101.57 juta setakat Januari - Nanta
August 13, 2025, 3:11 pm
SPRM tumpas sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan ATM, kumpul hasil rasuah lebih RM3 juta
August 13, 2025, 2:47 pm
Jabatan Peguam Negara arah inkues siasat kematian Zara Qairina
August 13, 2025, 2:35 pm
Keputusan mahkamah buktikan Titah Adendum Najib wujud - Akmal
August 13, 2025, 2:28 pm
Pesara polis dan tentera dilantik sebagai warden MRSM
August 13, 2025, 2:16 pm