Berita Berita
Dua anak doktor di Kelantan disyaki edar 35kg ganja bernilai hampir RM300,000

KOTA BHARU 10 Ogos – Dua beradik tiri yang juga anak kepada seorang doktor klinik swasta ditahan polis selepas disyaki menjadi dalang sindiket pengedaran dadah jenis ganja seberat 35 kilogram (kg) bernilai RM299,590 dalam serbuan di sebuah banglo di Kampung But, Ketereh, Selasa lalu.
Serbuan pada jam 4.30 petang itu turut membawa kepada rampasan sepucuk pistol bersama 16 butir peluru.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, seorang wanita berusia 46 tahun yang merupakan ibu kepada kedua-dua suspek turut ditahan.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.
“Siasatan awal menunjukkan rumah berkenaan dijadikan lokasi transit sebelum dadah diedarkan kepada pelanggan melalui perkhidmatan kurier.
"Kedua-dua suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan ini sejak dua tahun lalu, selepas ia sebelum ini dikendalikan oleh rakan mereka yang kini sedang menjalani hukuman penjara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.
Dalam serbuan tersebut, polis turut menyita dua kereta mewah, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah Perodua Bezza.
Menurut Mohd. Yusoff, siasatan mendapati bekalan ganja itu dipercayai diseludup ke Kelantan melalui pangkalan haram di kawasan Sungai Golok, sebelum diagihkan ke negeri-negeri di Pantai Barat.
“Dadah ini mampu dibekalkan kepada 35,000 penagih sekiranya terlepas ke pasaran,” jelasnya.
Dua beradik tiri itu bersama ibu mereka direman tujuh hari bermula 6 Ogos lalu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Berita berkaitan
August 13, 2025, 5:00 pm
Kelantan akui AKSB berhutang RM61 juta dengan TNB, janji bayar berperingkat
August 13, 2025, 4:51 pm
Mindef tegaskan tiada kompromi terhadap anggota tentera terlibat sindiket
August 13, 2025, 4:44 pm
Anwar kagumi sentuhan Akbar Khan dalam ‘Taj Mahal: An Eternal Love Story’
August 13, 2025, 3:58 pm
'Perjuangan tuntut keadilan Zara Qairina tidak akan terhenti' - Nurul Izzah
August 13, 2025, 3:36 pm
Belanja pembaikan jalan akibat banjir cecah RM101.57 juta setakat Januari - Nanta
August 13, 2025, 3:11 pm
SPRM tumpas sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan ATM, kumpul hasil rasuah lebih RM3 juta
August 13, 2025, 2:47 pm
Jabatan Peguam Negara arah inkues siasat kematian Zara Qairina
August 13, 2025, 2:35 pm
Keputusan mahkamah buktikan Titah Adendum Najib wujud - Akmal
August 13, 2025, 2:28 pm
Pesara polis dan tentera dilantik sebagai warden MRSM
August 13, 2025, 2:16 pm