Berita Berita
'Memang ada patah, ada kecederaan' - Peguam sahkan wujud kecederaan pada Zara Qairina seperti yang tular di media sosial

KOTA KINABALU 11 Ogos – Proses bedah siasat terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir disifatkan telus dan bebas daripada campur tangan mana-mana pihak, menurut peguam keluarga remaja berusia 13 tahun itu, Shahlan Jufri.
Beliau berkata, sepanjang lapan jam berada di bilik bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) tanpa makan dan minum, beliau menyaksikan sendiri prosedur yang dijalankan oleh pasukan forensik.
“Sudah tentu ada kecederaan, memang ada kecederaan. Kecederaan seperti yang kamu tahu di media sosial, begitulah. Yang selebihnya saya tidak boleh beritahu kerana masih dalam siasatan dan ia sulit.
“Seperti yang tersebar di media itu, saya tidak berapa ingat jumlah kecederaan, tetapi memang ada patah, memang ada kecederaan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HQEI pada malam Ahad.
Mengulas lanjut, Shahlan menegaskan beliau berpuas hati dengan integriti prosedur tersebut.
“Proses itu saya berpuas hati kerana tidak ada campur tangan mana-mana pihak, hanya mereka yang terlibat sahaja.
“Memang proses bedah siasat itu berjalan dengan telus, integriti sangat tinggi dan lancar,” tegasnya.
Berita berkaitan
August 13, 2025, 5:00 pm
Kelantan akui AKSB berhutang RM61 juta dengan TNB, janji bayar berperingkat
August 13, 2025, 4:51 pm
Mindef tegaskan tiada kompromi terhadap anggota tentera terlibat sindiket
August 13, 2025, 4:44 pm
Anwar kagumi sentuhan Akbar Khan dalam ‘Taj Mahal: An Eternal Love Story’
August 13, 2025, 3:58 pm
'Perjuangan tuntut keadilan Zara Qairina tidak akan terhenti' - Nurul Izzah
August 13, 2025, 3:36 pm
Belanja pembaikan jalan akibat banjir cecah RM101.57 juta setakat Januari - Nanta
August 13, 2025, 3:11 pm
SPRM tumpas sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan ATM, kumpul hasil rasuah lebih RM3 juta
August 13, 2025, 2:47 pm
Jabatan Peguam Negara arah inkues siasat kematian Zara Qairina
August 13, 2025, 2:35 pm
Keputusan mahkamah buktikan Titah Adendum Najib wujud - Akmal
August 13, 2025, 2:28 pm
Pesara polis dan tentera dilantik sebagai warden MRSM
August 13, 2025, 2:16 pm