Berita Berita
Warga emas disyaki bakar rumah isteri muda, direman 4 hari

SETIU 11 Ogos - Hasrat seorang warga emas untuk melepaskan kemarahan berakhir dengan tindakan undang-undang apabila dia direman empat hari bermula hari ini selepas disyaki membakar rumah isteri keduanya di Kampung Langkap Baru, Sungai Tong, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, suspek berusia 79 tahun itu ditahan di pekarangan Balai Polis Chabang Tiga, Kuala Terengganu kira-kira jam 4.11 pagi.
Katanya, suspek dipercayai bertindak melemparkan sesuatu ke dalam rumah melalui tingkap depan yang terbuka dan mengeluarkan api.
"Suspek kemudian beredar dari lokasi kejadian selepas melakukan perbuatan itu.
"Perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek kira-kira jam 1 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, laporan polis dibuat oleh anak tirinya yang sempat melihat perbuatan bapa tirinya itu.
"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Akta 574)," katanya.
Berita berkaitan
August 13, 2025, 5:00 pm
Kelantan akui AKSB berhutang RM61 juta dengan TNB, janji bayar berperingkat
August 13, 2025, 4:51 pm
Mindef tegaskan tiada kompromi terhadap anggota tentera terlibat sindiket
August 13, 2025, 4:44 pm
Anwar kagumi sentuhan Akbar Khan dalam ‘Taj Mahal: An Eternal Love Story’
August 13, 2025, 3:58 pm
'Perjuangan tuntut keadilan Zara Qairina tidak akan terhenti' - Nurul Izzah
August 13, 2025, 3:36 pm
Belanja pembaikan jalan akibat banjir cecah RM101.57 juta setakat Januari - Nanta
August 13, 2025, 3:11 pm
SPRM tumpas sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan ATM, kumpul hasil rasuah lebih RM3 juta
August 13, 2025, 2:47 pm
Jabatan Peguam Negara arah inkues siasat kematian Zara Qairina
August 13, 2025, 2:35 pm
Keputusan mahkamah buktikan Titah Adendum Najib wujud - Akmal
August 13, 2025, 2:28 pm
Pesara polis dan tentera dilantik sebagai warden MRSM
August 13, 2025, 2:16 pm