Berita Berita
Sultan Pahang titah semua masjid, surau laksana solat hajat khas untuk Zara Qairina

KUANTAN 11 Ogos – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua masjid dan surau di seluruh negeri Pahang mengadakan solat hajat khas.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, solat hajat tersebut diadakan bagi memohon kepada Allah SWT supaya segala urusan proses keadilan untuk Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dipermudahkan, selain memastikan kebenaran dapat ditegakkan.
“Baginda turut berdoa agar ibu bapa serta keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini,” menurut hantaran itu.
Tragedi melibatkan pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar, Sabah itu berlaku pada 16 Julai lalu apabila mangsa dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekitar jam 4 pagi.
Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, pada 31 Julai lalu memaklumkan pihak polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli dalam kejadian tersebut.
Pada 2 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kubur pelajar itu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dilakukan untuk melengkapkan siasatan polis.
Semalam, pusara Allahyarhamah digali semula sebelum jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II bagi proses berkenaan.
Hari ini, empat pakar patologi, termasuk Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor, Dr Khairul Anuar Zainun, membantu proses bedah siasat di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Proses tersebut turut disertai Pakar Patologi HQE, Dr Jessie Hiu bersama dua lagi doktor forensik.
Berita berkaitan
August 13, 2025, 5:00 pm
Kelantan akui AKSB berhutang RM61 juta dengan TNB, janji bayar berperingkat
August 13, 2025, 4:51 pm
Mindef tegaskan tiada kompromi terhadap anggota tentera terlibat sindiket
August 13, 2025, 4:44 pm
Anwar kagumi sentuhan Akbar Khan dalam ‘Taj Mahal: An Eternal Love Story’
August 13, 2025, 3:58 pm
'Perjuangan tuntut keadilan Zara Qairina tidak akan terhenti' - Nurul Izzah
August 13, 2025, 3:36 pm
Belanja pembaikan jalan akibat banjir cecah RM101.57 juta setakat Januari - Nanta
August 13, 2025, 3:11 pm
SPRM tumpas sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan ATM, kumpul hasil rasuah lebih RM3 juta
August 13, 2025, 2:47 pm
Jabatan Peguam Negara arah inkues siasat kematian Zara Qairina
August 13, 2025, 2:35 pm
Keputusan mahkamah buktikan Titah Adendum Najib wujud - Akmal
August 13, 2025, 2:28 pm
Pesara polis dan tentera dilantik sebagai warden MRSM
August 13, 2025, 2:16 pm