Berita Berita
Bayaran STR Fasa 3 mula dikredit esok, 8.6 juta penerima terima hingga RM650

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Lebih 8.6 juta penerima di seluruh negara bakal menerima manfaat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 apabila bayaran mula dikreditkan secara berperingkat mulai esok.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan, peruntukan berjumlah RM2 bilion itu meliputi bayaran sehingga RM650 mengikut kelayakan isi rumah, warga emas dan bujang.
Jumlah penerima kali ini meningkat sebanyak 300,000 orang berbanding 8.3 juta penerima pada Fasa 1 Januari lalu, hasil langkah Kerajaan MADANI membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun bagi memastikan semua yang layak tidak tercicir daripada menerima bantuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, berkata pembukaan permohonan dan rayuan sepanjang tahun menunjukkan Kerajaan MADANI tidak mengambil enteng amanah yang dipikul untuk meningkatkan maslahat rakyat terbanyak agar tiada yang tercicir daripada mengecapi limpahan negara.
"Lebih daripada bantuan tunai semata-mata, STR memberi suntikan kepada penerima untuk mencapai kebebasan kewangan, agar kita dapat menggapai kesaksamaan yang didambakan dalam Ekonomi MADANI," katanya.
MOF menambah, pembayaran akan dibuat kepada penerima sedia ada dan baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan akaun bank atau tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan.
Bagi pemohon yang namanya tiada dalam pangkalan data STR, permohonan baharu perlu dibuat bagi membolehkan proses verifikasi kelayakan dimuktamadkan.
Maklumat lanjut termasuk soalan lazim (FAQ) dan semakan status boleh diakses di Portal Rasmi STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. Orang ramai turut diingatkan supaya berhati-hati terhadap pautan palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.
Berita berkaitan
August 13, 2025, 5:00 pm
Kelantan akui AKSB berhutang RM61 juta dengan TNB, janji bayar berperingkat
August 13, 2025, 4:51 pm
Mindef tegaskan tiada kompromi terhadap anggota tentera terlibat sindiket
August 13, 2025, 4:44 pm
Anwar kagumi sentuhan Akbar Khan dalam ‘Taj Mahal: An Eternal Love Story’
August 13, 2025, 3:58 pm
'Perjuangan tuntut keadilan Zara Qairina tidak akan terhenti' - Nurul Izzah
August 13, 2025, 3:36 pm
Belanja pembaikan jalan akibat banjir cecah RM101.57 juta setakat Januari - Nanta
August 13, 2025, 3:11 pm
SPRM tumpas sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan ATM, kumpul hasil rasuah lebih RM3 juta
August 13, 2025, 2:47 pm
Jabatan Peguam Negara arah inkues siasat kematian Zara Qairina
August 13, 2025, 2:35 pm
Keputusan mahkamah buktikan Titah Adendum Najib wujud - Akmal
August 13, 2025, 2:28 pm
Pesara polis dan tentera dilantik sebagai warden MRSM
August 13, 2025, 2:16 pm