Berita Berita
MRSM Kepala Batas dijenamakan semula sebagai MRSM Tun Abdullah Badawi
KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menjenamakan semula Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas di Pulau Pinang kepada MRSM Tun Abdullah Badawi pada 12 Mei ini.
Pengerusi MARA, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata penjenamaan semula itu merupakan satu bentuk penghormatan kepada Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO, atas sumbangan besarnya sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.
“Perkara ini telah diperincikan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam,” katanya dalam kenyataan media.
UMNO Hargai Sokongan Pengundi DUN Ayer Kuning
Dalam perkembangan lain, Asyraf turut merakamkan penghargaan kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak, atas kepercayaan mereka yang membawa kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar di hampir semua Pusat Daerah Mengundi (PDM), kecuali satu.
“UMNO mengucapkan terima kasih kepada semua jentera parti, termasuk komponen BN, Friends of BN dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH), yang bertungkus lumus memastikan kemenangan calon BN,” katanya.
Beliau menyifatkan kemenangan itu sebagai petanda positif yang menunjukkan peningkatan sokongan dalam kalangan pengundi Melayu, pelbagai kaum, serta golongan muda – sekali gus menolak politik perkauman dan kebencian yang menjejaskan keharmonian negara.
Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO & Isu Najib
Asyraf turut mengumumkan bahawa Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO kali pertama akan diadakan pada 11 Mei ini sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-79, bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre, Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan yang sama, beliau memaklumkan bahawa isu membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, turut dibincangkan dalam mesyuarat MKT.
“Tidak semua perkara boleh didedahkan, tetapi yang pasti isu Najib tidak pernah dilupakan,” katanya ringkas. - Media Telus
Berita berkaitan
April 29, 2026, 8:20 pm
MOF cadang potong RM5.4 bilion belanja kesihatan, pendidikan tinggi perkukuh fiskal
April 29, 2026, 4:34 pm
Stok darah O dan A makin kurang, rakyat diminta menderma – PDN
April 29, 2026, 3:04 pm
Pemuda Pas desak semakan menyeluruh projek tebatan banjir di Selangor
April 29, 2026, 2:44 pm
Lelaki disyaki pukul isteri hingga keguguran direman tujuh hari
April 29, 2026, 2:19 pm
Lek Khang ada lesen senjata, tertembak diri sendiri ketika kosongkan pistol - Polis
April 29, 2026, 1:31 pm
Aliff Syukri kalah saman fitnah, diperintah bayar RM250,000 kepada Abdul Kadir
April 29, 2026, 9:59 am
