Berita Berita
Kertas siasatan Ahli Parlimen Raub sudah dihantar ke Bukit Aman

KUANTAN 2 Mei - Kertas siasatan membabitkan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan seorang lagi individu yang didakwa menghalang penjawat awam dalam operasi penguatkuasaan kebun durian haram di Raub, telah dihantar ke Bahagian Perundangan Bukit Aman minggu lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan kertas siasatan telah lengkap dan hanya menunggu arahan lanjut sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Kes berkenaan merujuk kepada insiden pada 10 April lalu di mana Chow dan Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang didakwa cuba menghalang operasi penguatkuasaan terhadap kebun durian yang diteroka tanpa kebenaran di kawasan Sungai Klau, Raub. Dalam operasi tersebut, sekitar 200 pokok durian Musang King telah ditebang.
Kedua-dua individu berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan untuk membantu siasatan.
Kawalan Tanah Ditingkat di Seluruh Pahang
Sementara itu, Yahaya memaklumkan bahawa pihak polis bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) akan memperketat pengawasan dan tindakan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti pencerobohan tanah di seluruh negeri.
“Pemantauan tidak terhad kepada Raub sahaja, tetapi seluruh negeri Pahang. Pekebun diminta tidak sewenang-wenangnya menceroboh tanah atau berdepan tindakan undang-undang,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
September 11, 2025, 11:16 pm
'Saya tak tahu, tolong beritahu jika ada, saya nak 'claim' - Tun M sindir SPRM sedang siasat harta di UK
September 11, 2025, 10:43 pm
Kes Ebit Liew: Saksi makan masa 7 hari analisa 30,000 gambar dalam 'pendrive'
September 11, 2025, 9:57 pm
Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya lakar sejarah, lebar sayap ke London, Brunei perkasa usahawan tempatan
September 11, 2025, 9:00 pm
Inkues Zara Qairina: Pakar Patologi sahkan tiada VVIP atau pihak ketiga pengaruhi keterangannya
September 11, 2025, 7:52 pm
'Penumpang kereta bakal diwajibkan pakai tali pinggang keledar atau bayar saman RM300' - JPJ
September 11, 2025, 4:02 pm
Tiada pendaftaran diperlukan untuk tebus SARA RM100 – Teo Nie Ching
September 11, 2025, 3:54 pm
143 anggota bomba Johor obes ikuti program khas turunkan BMI
September 11, 2025, 3:43 pm
Hakim tolak permohonan Najib mohon tarik diri dalam semakan kehakiman titah adendum
September 11, 2025, 3:29 pm