Berita Berita
Warga emas maut kemalangan motosikal, SUV di Batu Pahat

BATU PAHAT 12 Mei - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam satu kemalangan di Jalan Muar–Batu Pahat, berhampiran Parit Baijuri, awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi ketika mangsa yang berusia 61 tahun dalam perjalanan dari arah Muar ke Batu Pahat.
“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa telah bertembung dengan sebuah SUV yang dipandu lelaki tempatan berusia 46 tahun dari arah bertentangan.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang bekerja di sebuah kilang mengalami kecederaan parah di kepala serta patah kaki kanan dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.58 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut beliau, pemandu SUV tersebut hanya mengalami kecederaan ringan di pipi dan siku kanan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau membahayakan.
Pihak polis turut meminta saksi kejadian atau individu yang mempunyai rakaman dashcam agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat BSPTD Batu Pahat, Inspektor Rosnizam bin Rosli di talian 013-2224067 atau hadir ke balai polis berhampiran. - Media Telus
Berita berkaitan
September 17, 2025, 10:55 pm
Harga RON95 kekal, RON97 dan diesel naik tiga sen seliter - MOF
September 17, 2025, 10:42 pm
Restoran terkenal di Jalan Penang diarah tutup, kuku pekerja hitam, kotor, dapur penuh lipas dan tikus
September 17, 2025, 6:01 pm
Lelaki ditahan rosakkan mesin ATM dengan cangkul di Pasir Gudang
September 17, 2025, 5:56 pm
Saksi dakwa Zara Qairina menangis, nafi mencuri sebelum ke tandas
September 17, 2025, 5:49 pm
Tun M hairan ramai berebut jawatan PM walau parti belum tentu menang
September 17, 2025, 5:44 pm
Ucapan tegas Anwar mengenai Palestin di Doha raih perhatian antarabangsa
September 17, 2025, 4:48 pm
Pulau Pinang warta 25 bandar baharu, pinda sempadan 10 bandar sedia ada
September 17, 2025, 4:13 pm