Berita Berita
Angka korban nahas lori FRU di Teluk Intan meningkat kepada sembilan anggota

TELUK INTAN – Seorang lagi anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) disahkan meninggal dunia di hospital susulan nahas membabitkan lori pasukan itu dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam pagi tadi.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan anggota yang maut dalam kejadian tragis tersebut meningkat kepada sembilan orang, manakala lima lagi dilaporkan cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin mengesahkan lapan anggota maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
“Semua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.
Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika lori FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan tugas dalam Op Chariot di Teluk Intan.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada jam 8.54 pagi.
Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan segera dikerahkan ke lokasi dan menjalankan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Insiden ini disifatkan sebagai antara nahas jalan raya paling buruk membabitkan anggota keselamatan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, dan mengundang rasa dukacita mendalam dalam kalangan masyarakat dan pasukan keselamatan negara.
Berita berkaitan
May 18, 2025, 11:15 am
Isteri orang anak 4 dicekup berkhalwat dengan lelaki bujang dalam rumah sewa di Padang Serai
May 18, 2025, 10:30 am
USM, UKM dipilih laksana projek rintis Program Pendidikan Tingkatan Enam
May 18, 2025, 9:20 am
Budak 2 tahun maut jatuh dari tingkat 7 apartmen di Putrajaya
May 18, 2025, 9:04 am
Ramai tak sangka ada rekod, Wang Tak Dituntut cecah RM13.3 bilion - Akauntan Negara
May 17, 2025, 1:26 pm
71 sekolah laksana PdPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 selama 3 hari
May 17, 2025, 12:28 pm
Pertukaran lesen memandu asing ke lesen Malaysia dihentikan mulai 19 Mei – JPJ
May 17, 2025, 12:00 pm
Mayat 2 warga Singapura ditemui mula mereput, busuk di rumah inap di Cheras
May 17, 2025, 9:26 am
Gandingan Anwar-Rafizi yang terbaik terajui PKR hadapi PRU - Nik Nazmi
May 16, 2025, 7:59 pm