Berita Berita
Keputusan STAM 2024 diumumkan 20 Mei ini

KUALA LUMPUR 13 Mei - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 akan diumumkan pada hari Selasa, 20 Mei ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan seramai 4,507 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu yang dilaksanakan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing daripada pihak sekolah bermula pukul 10 pagi pada hari berkenaan. Bagi calon persendirian pula, mereka diminta menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar untuk mendapatkan keputusan.
Kementerian turut menasihatkan semua sekolah agar memastikan pengurusan penyerahan keputusan kepada calon dilaksanakan secara teratur dan cekap bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian melalui laman web rasmi atau menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) bermula pukul 10 pagi pada hari pengumuman hingga 6 petang, 26 Mei.
Dalam kenyataannya, KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon yang telah menduduki peperiksaan STAM 2024 dan berharap kejayaan yang dicapai dapat menjadi pemangkin kepada pencapaian lebih cemerlang pada masa hadapan. - Media Telus
Berita berkaitan
July 7, 2025, 11:25 am
Jaga-jaga, JPJ tarik balik lesen peserta MyLesen B2 jika merempit
July 7, 2025, 11:17 am
Pemandu SUV rempuh restoran kerana tertekan pedal minyak
July 7, 2025, 10:58 am
Enam beranak hilang ditemui maut dalam kereta tenggelam di Sungai Korok
July 7, 2025, 7:50 am
Suami, isteri bersama 4 anak gagal dikesan selepas bermalam di rumah saudara di Jitra
July 6, 2025, 4:19 pm
Lelaki maut dipercayai ditendang lembu sebelum tercampak ke sungai
July 6, 2025, 4:11 pm
Guru ditahan disyaki cabul pelajar OKU intelektual di bilik rawatan sekolah
July 6, 2025, 4:06 pm
PRU16 mungkin diadakan lebih awal, dakwa Tun Faisal
July 6, 2025, 4:02 pm
Dua nyaris maut motosikal terbabas ke dalam gaung di Bukit Fraser
July 6, 2025, 10:50 am