Berita Berita
Ibu pejabat PN ditutup selepas tamat tempoh sewaan - Azmin

KUALA LUMPUR 6 Julai – Ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) di Solaris Dutamas di sini ditutup selepas perjanjian sewaan selama dua tahun tamat pada April lalu.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan untuk tidak melanjutkan sewaan dibuat dengan persetujuan bersama antara pemilik dan penyewa premis.
“Perkara ini telah dimaklumkan dan mendapat persetujuan pimpinan tertinggi PN,” katanya.
Sebelum itu, sebuah portal berita melaporkan mengenai penutupan ibu pejabat PN yang sebelum ini menjadi lokasi mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan tersebut sejak penubuhannya pada 2020.
Laporan itu turut memetik sumber parti yang mendakwa PN telah berhenti membayar sewa premis berkenaan sejak Mac lalu.
Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika ditanya mengenai perkara itu enggan mengulas lanjut dan meminta ia dirujuk kepada Setiausaha Agung gabungan.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin menyifatkan laporan itu sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, pentadbiran serta urusan rasmi PN masih berjalan seperti biasa dengan dikendalikan oleh pegawai dan kakitangan di lokasi tidak rasmi sementara menunggu premis baharu siap sepenuhnya. – Media Telus.
Berita berkaitan
July 6, 2025, 4:19 pm
Lelaki maut dipercayai ditendang lembu sebelum tercampak ke sungai
July 6, 2025, 4:11 pm
Guru ditahan disyaki cabul pelajar OKU intelektual di bilik rawatan sekolah
July 6, 2025, 4:06 pm
PRU16 mungkin diadakan lebih awal, dakwa Tun Faisal
July 6, 2025, 4:02 pm
Dua nyaris maut motosikal terbabas ke dalam gaung di Bukit Fraser
July 6, 2025, 10:44 am
Empat cedera termasuk kanak-kanak, kereta rempuh tiga motosikal langgar lampu merah
July 5, 2025, 5:46 pm
Calon SPM maut kemalangan dalam perjalanan ke kelas tambahan
July 5, 2025, 5:10 pm
Peniaga air kelapa cedera, gerai dirempuh kereta dipandu warga emas
July 5, 2025, 4:12 pm
Bas ekspres rempuh palang had ketinggian akibat terlalu bergantung aplikasi navigasi
July 5, 2025, 11:10 am