Berita Berita
Dua nyaris maut motosikal terbabas ke dalam gaung di Bukit Fraser

HULU SELANGOR 6 Julai – Sepasang penunggang dan pembonceng motosikal nyaris maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Jalan Kuala Kubu Bharu menghala ke Bukit Fraser, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.07 pagi itu, kedua-dua mangsa, lelaki dan wanita, menaiki motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.07 pagi dan segera menggerakkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu ke lokasi.
“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati motosikal telah terbabas ke dalam gaung dan terdapat dua mangsa di lokasi.
“Mangsa lelaki mengalami kecederaan di kaki dan bahu, manakala wanita yang membonceng hanya cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar dari gaung menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. – Media Telus.
Berita berkaitan
July 6, 2025, 4:19 pm
Lelaki maut dipercayai ditendang lembu sebelum tercampak ke sungai
July 6, 2025, 4:11 pm
Guru ditahan disyaki cabul pelajar OKU intelektual di bilik rawatan sekolah
July 6, 2025, 4:06 pm
PRU16 mungkin diadakan lebih awal, dakwa Tun Faisal
July 6, 2025, 10:50 am
Ibu pejabat PN ditutup selepas tamat tempoh sewaan - Azmin
July 6, 2025, 10:44 am
Empat cedera termasuk kanak-kanak, kereta rempuh tiga motosikal langgar lampu merah
July 5, 2025, 5:46 pm
Calon SPM maut kemalangan dalam perjalanan ke kelas tambahan
July 5, 2025, 5:10 pm
Peniaga air kelapa cedera, gerai dirempuh kereta dipandu warga emas
July 5, 2025, 4:12 pm
Bas ekspres rempuh palang had ketinggian akibat terlalu bergantung aplikasi navigasi
July 5, 2025, 11:10 am